Sunday, July 22, 2007

Aku yang sedang berjihad...

Bismillah

Jihad itu besar pengertiannya...
menuntut ilmu jua satu jihad....
berpuasa menahan lapar & dahaga jua satu jihad...
dan jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu....

"Nafsu sebenarnya lebih jahat dari syaitan. Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada dalam diri kita. Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu kita terdidik, maka sempitlah jalan syaitan untuk menggoda dan menipu kita. Tetapi kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah jalan syaitan."

Dan bersabar jua adalah satu jihad... bersabar dengan dugaan & ujian yang Allah berikan...yang kadangkala datang dari orang yang paling hampir dengan kita...anak2...suami isteri...sahabat handai.... tidak kira dengan kata2 atau perbuatan...

Ingatlah... Allah sentiasa bersama2 orang yang bersabar.... Inna Allaha ma'ashobiriin...

Teringat aku sewaktu perjalanan ke Taif (Julai 1997)... rombongan kami dari Forum Sejarah UIAM diiringi wakil WAMY (World Assembl of Muslim Youth).. kami di bawa ke satu tempat...

"di sini lah Rasululah berhenti...setelah dakwah baginda diterima hambar oleh masyarakat Taif..." Dan Thaif membuatkan aku betul2 teringatkan perjuangan Rasulullah. Selepas bertemu masyarakat Taif yang menidakkan ajakan baginda kepada Islam malah membiarkan anak2 mereka membaling batu dan mencederakan Baginda...Rasulullah berhenti di tempat itu...dan malaikat jibril pun tiba2 muncul... "Wahai Rasulullah...mahukah kau ku binasakan sahaja mereka yang menolakmu hatta mencederakanmu itu..."kata Jibril... Rasulullah menolak hasrat Jibrail...

Tinggi sungguh kesabaran Baginda... malah kejadian tersebut membuatkan Baginda lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah...

1 comment:

Jannah Ibrahim said...

salam...


Jihad sebuah pejuangan suci...

ameen...