Saturday, August 30, 2008

Ashraf's query suprise me!

Bismillah...

I would like to share a mum&son conversation yesterday morning, on our way to the school. Ashraf's query supprised me and I tried to give a good answer. It is not my intention here to offend anybody, so I will not mention the name of the person involve... maybe you..or somebody else... please read between the lines, hope His guidance be upon that person and all of us...

Ashraf: "Umi... kenapa AB tak pakai tudung?"
Umi: agak terpana dengan soalan yang tetiba itu...tapi cuba control dan menjawab..."Abang Long... Allah suruh kita pakai tudung (tutup aurat).. tapi terpulang kat kita nak ikut ke tak. Kita ada pillihan... If kita ikut... Allah suka. If AB tak nak pakai, itu antara dia dengan Allah."
Ashraf: "ooo!.." sambil menunjukkan muka mahu tahu lebih lanjut.
Umi:"...tapi... if AB pakai tudung mesti cantik dan Allah suka..." aku cuma menambah.
Umi: "Abang Long tahu kenapa umi pakai tudung?"giliran ku bertanya pula
Ashraf: "Why? Because you are Malaysian?
Umi: "No.. bukan sebab itu," nak tergelak pun ada..tapi gelak dlm hati shj la "...bukan sebab orang malaysia tapi sebab kita orang Islam"
Ashraf:"Are you scared!"
Umi: "No.." aku menarik nafas dan berfikir dalam... "umi pakai tudung sebab Allah yang suruh. Kita kan orang Islam. Allah suruh kita tutup aurat"
Ashraf: "I know.. aurat is our leg"... isyk2 mana ler anakku dapat idea tu...waduh2
Umi: "Nooo...Aurat tu... is our whole body except for face and hand" aku cuba menerangkan.

Dalam hati terfikir aku bole bercerita lebih lanjut, tapi kan penin lak anakku.. bimbang juga jika jawapanku kurang tepat. Tapi untuk waktu itu...cukup la sekadar dia tahu Allah itu wujud dan hidup kita ini perlu ikut panduan yang Allah berikan.. Kita kena ikut panduan yang Allah bagi, sebab Allah pencipta kita...

Modal 'Allah suruh' bole aku gunakan utk ajak dia solat, sebab liat sikit dia nak ikut solat sekarang ni, mungkin sebab humaira dan danial pun selalu tak mahu ikut solat.. Cuma aku tidak begitu bertegas sebab depa kecil lagi... Asharf sudah 6 tahun..dan dia sudah bole reasoning. Kerana itu juga aku dan hubby minta dia cuba berpuasa tahun ini... tahun lepas dia belum dapat puasa sepenuhnya (samada puasa belah pagi shj atau belah petang shj)...

Perihal tutup aurat ini...soalnya yang penting ialah hati (yang dipandu oleh ilmu)... yang menggerakkan seseorang melakukan amal dan mematuhi perintah Allah ialah hati... tapi walaupun tahu (ada ilmu), hati mungkin tidak terpandu untuk melaksanakan perintah Allah... kerana hati tempat hidayah Allah..

"Moga Kau kekalkan dan tetapkan hati2 kami dalam petunjuk-Mu..janganlah Kau cabut ni'mat iman dan islam dari hati2 kami ya Rabb... dan moga kau berikan petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami seluruh umat islam, agar sentiasa kembali ke jalan yang Kau redhai.. ameen"

Untuk anak2 umi.. moga kalian membesar menjadi insan berilmu dan beriman... bertaqwa dan berakhlaq... Untuk umi.. moga umi tabah dan bersabar dalam mendidik kalian yang kadangkala nakal hingga menduga kesabaran umi sendiri, dan moga umi semakin bijak mendidik kalian...Dan untuk AB, moga Allah bukakan pintu hatimu untuk menutup aurahmu...ameen.

2 comments:

modd said...

don't know why....but this entry makes me cry...

rasa sgt cetek ilmu di dada untuk explain 'why'...

Asiah said...

yes indeed... lebih mencabar bila nak explain pada anak2 sendiri dlm bahasa yg mudah difahami... bila kita kata 'god create all of us, the earth, moon, stars, etc222..' pastuh dia tambah..'ooo..god create buildings, houses, dan menda2 lain yg manusia bina'.. tersenyum je la saya...