Sunday, April 5, 2009

Susah senang kita bersama...

Bismillah....

Sekadar berkongsi sedikit cerita... secara tidak sengaja seorang teman bercerita susah senang kehidupan melalui proses buat phd di perantauan. Iya la..jika tidak cerita, kita takan tahu susah senang kehidupan masing2, dan jika orang tidak cerita, bukan bermakna tiada kesusahan yang dia alami.

Setiap kita pasti melalui cabaran, kesusahan dan keperitan masing2, cuma kecil besar, tahap dan bentuk cabaran berbeza. Bergantung kepada bagaimana kita menghadapi setiap cabaran... bentuk cabaran boleh la dikategorikan kepada beberapa bentuk:

- cabaran yang datang dari dalam diri, contohnya berkaitan keyakinan diri, pengurusan masa, kemahiran berkomunikasi, dll (rasanya ramai yang tidak punya masalah ini kerana mostly yang buat phd adalah mereka yang sudah matang dan bermotivasi tinggi)

- cabaran berkaitan dengan bidang penyelidikan dan ini berhubung kait dgn cabaran dgn supervisor. Orang yang paling dekat dlm perjalanan phd kita ialah supervisor kita. jadi sejauh mana kita saling memahami dan memenuhi kehendak, harapan, dll mempengaruhi jatuh bangun phd kita. tapi supervisor hanya memandu penyelidikan dan dlm byk hal, kita sendiri yang menentukan perjlnan phd kita. Keupayaan kita sendiri memastikan penyelidikan kita berjalan lancar, tapi akan ada faktor luar yang diluar kuasa kita menahannya.

- cabaran dari orang2 terdekat dengan kita: pasangan, anak2, sanak saudara dan teman2. Cabaran bagi yang berkeluarga agak berbeza dari yang belum berumahtangga. Tapi kelebihan yang berkeluarga adalah sokongan keluarga boleh menjadi penyokong dan pendorong utama meneruskan pengajian. "Biar susah bagaimana pun.. kita kan harungi bersama"

Cabaran dan kepayahan datang silih berganti, takan berhenti selagi nyawa dikandung badan. Tidak semua orang sudi berkongsi masalah dan keperitan hidup, jadi tidak bermakna orang itu tidak punya masalah. Di mana jua kita berada pasti ada cabaran.. cara kita hadapi cabaran .. itu yang penting!

Bukankah Allah jadikan kehidupan ini untuk menguji kita samada kita orang yang bersyukur pada-Nya atau sebaliknya... Ujian inilah yang datang silih berganti.. tidak kira kita di perantaun atau sebaliknya..

Buat 'teman'.. moga Allah bersamamu mengharungi badai dan gelombang kehidupan penuh mencabar! Moga Allah bersama kita semua...

1 comment:

Biarlah rahsia said...

kesian teman akak tu...
semoga dia tabah menghadapi apa jua cabaran.
HIDUP INI ADALAH SATU UJIAN.