Wednesday, September 16, 2009

Haere Mai ... Sara Safiyya

Alhamdulillah kesyukuran jua kupanjatkan kehadrat Ilahi diatas segala nikmat dan kurniaanya yg tak terbatas... Kehadiran puteri kedua dalam keluarga kami begitu bermakna lebih2 lagi di bulan yg penuh keberkatan ini..

Detik cemas ingin kukongsi bersama sekadar pengalaman kelahiran kedua diperantauan, jua sebagai tatapan kusendiri dihari muka, kenangan manis yang takan kulupakan..

Pengalaman kelahiran ketiga2 cahayamata sebelum ini menjadikan Rae, midwife ku (bidan) begitu yakin aku akan bersalin minggu ke 39 (awal seminggu). Jadi beliau telah beli tiket ke England 11 Sept utk urusan harta peninggalan makciknya yg telah meninggal dunia. Aku due 16 Sept, namun menjelang 7, 8 dan 9 haribulan, masih tiada tanda lagi..

Alhamdulillah proposal D9 selamat diterima oleh kedua2 supervisors dan diserahkan kepada Postgraduate Board pada 11hb Sept. Weekend itu masih jua tiada tanda, midwife sudah selamat sampai ke England jumaat lagi. Alhamdulillah trainee midwife, Wendy was around and promised to help. Isnin 14 Sept pagi, kami sempat ke Burning Warehouse untuk beli pokok. Hubby beli pokok lemon utk ditanam di atas uri yang bakal ditanam dibelakang rumah nanti. Kami pergi ke Warehouse selepas itu dan sempat membeli belah.

Tengahari itu, setibanya dirumah, air mentuban mula meleleh. Mulanya aku tidak pasti air apa, tapi semakin banyak yang keluar. Kuhubungi midwife utk pengesahan dan beliau menasihati aku ke hospital apabila contraction semakin kerap. Aku dan hubby buat arrangement, panggil Dina, Ajeep dan Yus utk tengok2kan anak2 sementara aku dan hubby ke hospital selepas iftar nanti. Alhamdulillah petang itu sempat aku buat secodok pisang, dan hubby masak mihun seadanya. Midwife sms suggest 'nipple stimulation' untuk percepatkan contraction (lebih cepat bersalin). Kucuba sekali petang itu, memang sungguh 'memberangsangkan', takut tidak sempat pula beriftar.

Alhamdulillah Yus, Ayu dan Iza datang berbuka puasa bersama kami, serta Dina&Ajeep. Seronok betul anak2 dilayan mesra terutamanya oleh Yus. Selepas solat maghrib berjemaah dan menjamu juadah berbuka puasa, aku dan hubby mula bergerak ke hospital jam 7.40. Kumasih ingat wajah 'resah' Dina yang masih belum bersalin walaupun sudah due, insyaAllah akan menyusul nanti..

Setibanya di hospital, Wendy sudah ada. Perasaan lega yang amat kerana dia ada di hospital menanti kami. Contraction masih beum kuat lagi waktu itu. Aku sempat mandi air panas, solat isyak dan buat solat hajat di bilik labour no.1, mudah2an kelahiran kali ini dipermudahkan Ilahi. Atas nasihat Dianne (pengganti Rae), kumulakan nipple stimulation. Jam lebih kurang pukul 9 mlm.. Kusempat berbincang tentang position mana yang sesuai untuk melahirkan: berdiri, baring, dsb. Oleh kerana tidak pasti position mana yang sesuai, aku mulanya berbaring sambil menahan contraction yg semakin kerap dan kuat. Sakit belakang tuhan sahaja yang tahu. Wendy cadangkan aku berteleku, stand on my knee sambil lean on the bed. Aku cuba kedudukan itu, rasa lebih selesa dan hubby dapat menggosok2 belakangku. Lampu ditutup dan cahaya begitu dim sekali. Dalam jam 9.45, waktunya sudah tiba, hubby kata sudah nampak kepala baby waktu itu, aku teruskan menarik nafas dalam2, dan bila midwife kata push, ku kerah tenaga yang ada, alhamdulillah baby selamat keluar jam 9.51 mlm. Aku terus tukar position, bebaring dan midwife meletakkan baby ke dadaku.

Baby Sara, seberat 2.855kg yg berbaring di dadaku terus mencari susu, seperti tahu aku sudah bersedia menyusukannya. Selang beberapa minit, barulah tali pusat disepit dan hubby was honoured memotong tali pusat puterinya sendiri. Kemudian barulah aku diminta utk push sekali lagi untuk keluarkan uri pula. Kali ini aku lihat sendiri besar mana uri tersebut.

"Exclusive breastfeed after delivery", baby Sara terus kususukan. Perasaan yang tak dapat kugambarkan, kesyukuran yang tak terbatas, atas kehadiran Sara, atas sokongan hubby yang sentiasa menemani di sisi, dan bantuan dari Wendy dan Dianne.

3 comments:

Nik Ha said...

Tahniah kak!Saya pun berdoa dpt experience menyusukan slps melahirkan utk ank seterusnya (kalau ada rezeki lg :)kat spital private kat sini tak galakkan sgt.Dua2 ank saya tak pernah dr letak kat dada lps lahir :(

UmmuNaylah said...

kak asiah, just wondering how actually the position u delivered Sara ..
saya pun experience the exclusive BF Naylah lepas je deliver .. kalau dulu, dia terus bw ke nursery dan bersihkan baby, then br bg ke kita .. but now, baby tu terus balut dlm kain, terus bg ke kita utk BF ..
one more thing, can u share "nipple simulation?"

Asiah said...

Salam Ha,
InsyaAllah next time request ke doktor yea minta babby letak ke kita lepas delivery, alhamdulillah masa ashraf dan humaira dulu depa letak, tapi kejap jer, bagi kita tgk..

Salam Leen,
Akak nak describe pun payah sikit. position melutut atas katil, badan mengadap dan bersandar ke bhgn katil yg dinaikkan dlm 50 degree position.
Malu gak nak cerita pasal nipple stimulation (salah eja lak) tapi ini kan ilmu, moga bermanfaat utk pembaca budiman. Tak semua keadaan bole guna NS ni, bagi yg pecah air mentuban secara drastik, cara ini tak sesuai.