Saturday, November 7, 2009

been a while..

Bismillah.. lama sudah tidak update blog ini.. byk perkara berlaku lately but tidak terupdate pula blog yg sudah bersawang ni.. sekarang ini kat ofis hubby, sebentar lagi warga northshore akan bermeeting utk merancang aktiviti anak2 dan persiapan futsal yg bakal berlangsung tak lama lagi.. so sempat la ku mengupdate blog skrg nih. sara pun masih lena tidur dlm buggy tuh..:)

So apa yg berlaku recently?

SATE OH SATE
mlm kelmarin, aktiviti makan sate sambil bermain bunga api.. fuh best betul laa.. sedap hingga menjilat jari dan batang sate. Sate tu hasil tangan ramai orang, sponsored by azlina&nihra.. murah rezeki penganjur dan mereka2 yg membantu..

ADUHAI WELLY
dan hujung minggu lepas.. hmm:( peristiwa yg mendukacitakan. perjalanan ke welly dan aku pulang tanpa hasil yang diharapkan. Apa sebenarnya yg berlaku? begini ceritanya. Kami ke Welly untuk urusan buat sijil kelahiran dan emergency travel document utk sara. Maklumla ini perjalanan budget, so hubby dan anak2 tak pergi. Aku pergi dgn dina sekeluarga. seminggu lebih sebelum itu aku call high comm utk buat appointment hari isnin 2 nov. Tinggal satu slot jer yg tinggal, kata person in charge tu, jam 12 tghari. Hari selasa dan jumaat tiada urusan pasport dan sijil kelahiran, hanya isnin, rabu dan khamis. Aku ty dia hubby tak ikut takpe ke, dia kata takpe asalkan semua dokumen lengkap dan buat photocopy siap2 semua dokumen, 2 salinan yea.. dokumen asal kena bawa termasuk sijil kelahiran, IC, dan pasport hubby termasuk sijil nikah sekali..

perjalanan bawa anak kecil nih sukar diduga. penat juga, alhamdulillah ada teman dan kenalan yg sudi membantu. terima kasih pada pian, khairul-adibah, shah-iza, haslan-diyana, terutamanya pn siti jalilah. dipendekkan cerita, permohonan utk emergency travel dokumen tidak diluluskan kerana bapa tidak sain borang (aku pun silap kerana tak minta hubby sain siap2 sebelum pergi). kufikir, sebagai ibu, aku jer boleh sain. bengang juga bila diberitahu tak boleh begitu, nak tandatangan bapa juga, so aku kena bawa form balik, minta hubby sain, kemudian pos kpd mereka beserta self-address envelop. masa tu aku da terlalu penat nak argue (walaupun aku argue juga la), lagipun kami nak berkejar ke airport pula lepas tu. dlm flight, kepala otakku ligat fikir, kenapala meraka tak terima tandatangan ibu, sedangkan ibu la yg mengandung 9 bulan dan melahirkan, da ada depan mata, kenapa nak juga tandatangan bapa, fikirla kesusahan orang awam datang jauh2 dgn anak kecil lagi, korban masa, duit, tenaga.
manusia oh manusia.. bersabarla..

D9 & Ethics
Syukur tak byk kena ubah, cuma details on participants. Sekarang masih pulun sediakan ethics application.

Hubby da excited nak balik m'sia tak lama lagi. maaf dear, umi tgh fikir pasal research, belum boleh concentrate hal2 lain (naper la otak ni da takleh multi-tasking macam dulu2, da tua ke aku? or memang aku jenis yg begitu, focus on only one thing at a time).

setakat ini dulu...

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulilah Kak Asiah, and sorry for late congrats