Friday, January 6, 2012

2012

Bismillah ar-rahmaan ar-rahiim pembuka bicara, setelah sekian lama meninggalkan blog ini...

Terlalu banyak perkara yang berlaku, hampir setahun sudah bonda meninggalkan kami.. dua bulan sudah ayah kehilangan kakinya.. dan hampir tujuh tahun kami berkelana di bumi Albany yang pada anak2 kami adalah 'kampung halaman' mereka.

Bila mengingatkan kembali nostalgia pengembaraan kami, terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui yang menjadikan kami cukup menghargai apa yang telah Allah anugerahkan buat kami sekeluarga. Syukur pada-Mu ya Allah atas nikmat-Mu yang tidak terhingga.

Melihat dan meninjau pengalaman kawan2 yang pulang dari perantauan dan memulakan kehidupan, terutama anak2 yang memulakan persekolahan, sebaik mungkin akan kami usahakan sekolah yang sesuai untuk anak2 kami. Namun cabaran pasti ada, moga anak2 kami tabah, sabar dan punya semangat yang tinggi.

Tahun 2011 merakamkan banyak perkembagan menarik berkaitan pengajianku. ALhamdulillah kertas kerja SKPA yang ditulis bersama teman seperjuangan, Fazie, telah diterima dan dibentangkan di Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik yang diadakan di Kota Bharu Kelantan pada Julai tahun lepas. August dan September menyaksikan sejarah penulisan book chapter, aku sabagai penulis pertama. Sungguh mencabar tapi banyak tips yang aku belajar. Aku hargai komen2 yang diberikan dari reviewers. Dan alhamdulillah book editor juga menjemput aku menyumbang paper untuk satu jurnal dan beliau adalah editor-in-chief jurnal berkenaan. Namun hingga kini aku masih belum sempat menulis dan meyumbang untuk jurnal beliau.

Pengalaman yang paling menarik ialah penglibatanku dalam MaRCA, sebagai paper contributor, sebagai ahli jawatan kuasa persidangan, dan sebagai conference proceeding editor. Alhamdulillah pengalaman yang cukup bermakna. Asalnya aku ingin menyumbang 2 paper, satu berkaitan dengan Activity Theory, dan satu lagi berkaitan e-portfolio, iaitu project supervisorku, Philipa dan temannya, Lyn. Aku telah hampir setahun bersama2 membantu project berkenaan sebagai research assistant, alhamdulillah pengalaman yang bermakna juga. Asalnya Lyn sudi jadi co-author paper e-portfolio manakala philippa pula cuti sakit. Namun di saat akhir, lyn manrik diri, secara tidak langsung menarik balik sumbangan beliau (satu bahagian dari paper berkenaan). Apakan daya, tidak mengapa, satu paper MaRCA pun sudah memadai.

Alhamdulillah conference ini walaupun bersaiz kecil tapi melalui process yang sama hebat seperti conference lain, terutamanya dalam hal reviewing. Setiap paper direview oleh sekurang2nya dua orang reviewers dari bidang yang berkaitan. Dan Aku sangat menghargai komen2, pangdangan2 dan kritikan yang kuterima. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan theory ini, dan perkata2 ini akan dihuraikan di dalam thesisku nanti.Terlebih menarik apabila kertas kerjaku dinobatkan sebagai 'Best Paper Award for Humanities', alhamdulillah syukur tak terhingga (sungguh tidak menyangka). Penilaian dibuat berdasarkan markah akumulatif dari 2 reviewers dan penilaian hakim2 yang dilantik semasa pembentangan kertas kerja. Dan alhamdulillah dengan sedikit ilmu 'managing long document' aku juga terlibat membantu ahli jawatankuasa menyediakan conference proceeding. Syukur alhamdulillah.

Penulisan thesis pula berjalan lancar walaupun sedikit lambat. Masa memang emas tapi aku tidak mahu menulis ibarat melepaskan batok di tangga. Memang mencabar menulis thesis sebab ia mencerminkan diri kita sebagai seorang penyelidik. Ya Allah moga Kau bantu hamba-Mu yang lemah ini, Rabbi yassir wa la tu'assir.

Anak2ku semua semakin membesar bijak dan sihat, syukur alhamdulillah. Ashraf semakin tinggi hampir mencecah paras telingaku.. Sara semakin keletah bercakap dan semakin bijak. Masih belum berhenti susu badan walaupun niat untuk berhenti sudah ada sejak 6 bulan yang lalu. Sekarang Sara sudah 2 tahun setengah. Harapnya tidak lama lagi berhentilah tu.

Cik Abangku sudah makin expert memasak itu dan ini.. setakat muffin, kek, pasty, semua di hujung jari sahaja, nasi goreng, bihun goreng, mee goreng pun sama.. lauk2 traditional ayam kurma, kari.. semakin mengalahkan masakanku..Hebat!

Tahun lepas juga menyaksikan pertambahan ahli keluarga apabila Junayd yang menerima Islam menjadi anak angkat kami. Hampir setiap hujung minggu terutamahnya bulan ramadhan yang lalu beliau bersama kami. Pelbagai cabaran beliau hadapi moga Allah sentiasa bersamamu, dan moga pengajianmu dipermudahkan Allah.

2012... azamku menyempurkan penulisan thesis dan jika ada rezeki, kesempatan dan qudrat, kami sekeluarga ingin menunaikan ibadah umrah bulan ramadhan nanti. Nak bawa mak mertua dan ayahku insyaAllah. Moga Allah perkenankan dan permudahkan.

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir.. Ya Allah permudahkan (segala urusanku) dan jangan Engkau susahkan (urusanku).. Pimpinlah kami ya Allah agar kami sentiasa di atas jalan-Mu yang Engkau redhai.. berkatilah hidup kami dan hidup sekelian umat Muhammad. Andai kematian menjenguk kami, matikanlah kami dalam Iman dan Islam. Akhirilah hidup kami dengan kalimah La ilah illa Allah

No comments: