Bismillah dengan nama Allah yan gmaha pemurah lagi maha penyayang.
Acapkali masa procastination aku buka laman web berfaedah, mengikuti perkembangan semasa atau perkembangan kawan2. Suatu ketika, aku tertarik mengikuti perkembangan Syiah di negara tercinta yang rupanya sudah agak lama bertapak dan diikuti oleh ramai ilmuan. Lantaran aku terpanggil untuk mendalami Syiah dengan lebih lanjut.
Terimbau kenangan di Library UIA, unit multimedia, antara koleksi khas ialah bahan2 yang diharamkan. Ini termasuk bahan2 berkeaan al-Arqam dan juga bahan2 berkenaan shiah. Menurut Ustaz Fathul Bari, syiah ada 3 golongan. Pertama, mereka hanya memuliakan Ali, Fatimah dan keturunan mereka (iaitu keturunan Rasulullah saw) secara extreme. Golongan ini kurang bahaya. Kedua, mereka yg bukan setakat ta'asub dengan keluarga Ali, malah 'menghina' hingga mengkafirkan sahabat termasuk Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain2 lagi dan hanya mengiktiraf Imam Syiah mereka yang 12. Golongan ini bahaya sebab melibatkan akidah. Antara mereka ada yang menyatakan al-Qur'an yang kita ada sekarang ini hanya sebahagian dari al-Qur'an yang sebenar. Golongan ketiga lebih bahaya kerana mereka ini membuat plan serta tindakan menentang dan melakukan kerosakan/pembunuhan.
Banyak sekali videoclip youtube berkenaan shiah ni.. banyak konsep yang mengelirukan umat islam dan merugikan kita, seperti 'taqiyyah', kawin mut'ah, dsb.
Allahurabbi, jauhilah anak2ku, keluargaku, sahabat2ku dari ajaran yang sesat, tunjukkan kami jalan-Mu yang benar, iaitu jalan yang Engkau berikan ni'mat kepada mereka, dan bukan jalan yang Engkau murkai dan juga bukan jalan golongan yang sesat. Setiap hari kita baca doa ini sekurang2nya 17 kali... moga Allah perkenankan doa kita semua, amin.
No comments:
Post a Comment