Friday, March 15, 2013

Keep going

Bismillahirrahmaanirrahiim Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat. Al-Fatihah buat ibu ayah yang dirindui, moga ruh keduanya sentiasa tenang bersemadi di alam barzakh. Alhamdulillah, jumaat barakah bertamu lagi, syukur atas nikmat Ilahi yang tidak bertepi... syukur juga semalam sempat menyempurnakan satu paper. Asalnya, paper Marca ingin diterbitkan oleh Chair of Malay Studies, VUW. Disebabkan banyak perkembangan terkini berlaku pada research, aku baiki paper tersebut.. 'revisit Activity Theory on the ...." lebih kurang begitulah bunyi tajuk paper tersebut. Ingin berkongsi pengalaman pemergian seorang keluarga terdekat (sebelah suami) 2 minggu lepas. Aku salute pada anak beliau yang sungguh bertanggungjawab dalam soal hubungan keluarga selepas pemergian ibu mereka. Seperti permintaan ibu (yang meninggal kerana sakit tua), barangan emas diberikan kepada anak/menantu yang menjaga ibu waktu sakitnya. Perbincangan diadakan pada malam hari ayng sama selepas ibu meninggal(selepas tahlil). Ahli keluarga berkumpul dan beliau menyenaraikan semua harta yang ibu mereka tinggalkan, berapa di akaun asb, di akaun lain ,berapa tanah, berapa cash sumbangan masyarakat, berapa yang telah dikeluarkan untuk urusan jenazah, boleh dikatakan semuanya diwarwarkan secara telus. Dan dengan amanahnya, beliau meminta beradik/ipar yang menjaga ibu memilih barang kemas yang ditinggalkan, seperti wasiat ibu. Walaupun beliau juga ada menjaga ibu (waktu sebelum sakit tenat, sbb rumah dekat jer), tapi beliau menolak untuk menerima barang kemas. Amanah dan bertanggungjawab sekali... Islam menggalakkan kita meninggalkan wasiat. Aku pernah berbincang dgn hubby tapi belum pernah bertulis dimana-mana atau disampaikan kepada sesiapa... Artikel menarik untuk dikongsi bersama, moga ada manfaatnya http://www.islam.gov.my/sites/default/files/25.instrumen_hibah__wasiat.pdf

No comments: