Thursday, June 5, 2008

Masa....

Bismillah...


Sibukkah aku? semua orang punya 24 hours dlm sehari, terpulang masing2 untuk mengatur urusan harian. Masa kan tetap berlalu, usia semakin berkurang, amal, entah meningkat ataupun tidak, ilmu.. terlalu luas seluas lautan dan yg manusia perolehi hanya setitik dari lautan ilmu itu.. tapi bila ilmu tidak diamalkan, tidak berguna jua. Tanggungjawab orang berilmu ini besar sebenarnya. Rasulullah nasihat kita menyampaikan ilmu walau seayat (ballighu 'anni walau aayah). Tapi dalam menyampaikan ilmu, kita perlu berhati dan banyak2 muhasabah diri kerna perkara yang paling dibenci Allah ialah mereka berkata apa yang mereka sendiri tidak berbuat (Kabura maqtan 'indallahi antaqulu mala taf'aluun...61:3), bergetar2 rasa hati bila mengingat peringatan keras dari ayat Allah...


Sempat menjengah blog teman2, paling menarik dari mukhtar suhaili, entry mengingatkan ku pasal buku 7habits of highly effective people yg kukatam sedari tahun 2 aku berada di uia. masa itu siap fotokopi 'weekly sheet' jadi management diary aku, punya la semangat! masa itu aku aktif Caring Club, Guidance&counseling Club, Arabic language Club, Persatuan Seni Silat Terlak (hehe.. jgn terkejut), entah apa2 lagi... bila aku da implement diary tuh... terasa masa dimanfaatkan betul2, sebab aku bukan setakat ahli biasa jer.. aku ada pegang jawatan (nak cari pengalaman kononnyer)... tapi lama2 aku jadi tak tentu hala pulak, sebab study bit effected.. so lepas tu aku decide baik aktif few persatuan sahaja... tahun 3-4, aku cuma aktif History student forum...


Buku 7 habits tuh..masih aku simpan jadi rujukan masa da kerja..memang byk membantu, cuma kekurangan dia takde asas kukuh agama, sedang memang islam sudah clear tasawwur dengan asas akidah dan tauhid, diperhalusi dengan ibadah dan Islam sebagai satu cara hidup. Isyk..lama tak menulis begini... ilmu jika tidak diamalkan akan hilang.. itu memang benar.. bagus ada blog begini... sekurang2nya peringatan buat diri sendiri dan pembaca juga...


Tentang masa... terasa benar kurangnya 'makanan' hati, majlis2 ilmu dan perisian hati&minda bila berada dibumi perantauan. paling tidak, di Malaysia, byk rancangan tv berunsur Islam atau radio IKIM mengisi.. Lantaran Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melain yg beriman dan yg beramal soleh, yg berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.. Sering surah ini bermain dibibir waktu solat. Dulu2, setiap majlis ilmu, dimulakan dgn al-fatihah, kerna malaikat akan mengerbangkan sayapnya berdoa semua yg hadir dimajlis ilu itu akan mendapat berkat dgn ilmu yang diperolehi. Dan majlis ilmu ditutup dengan bacaan surah a'Asr dan tasbih kafarah... Bukan setakat majlis ilmu sahaja..meeting pun dah terbiasa dengan budaya tersebut, sebagai peringatan agar masa yang digunakan & dimanfaatkan kerana Allah...

... to be continued...

1 comment:

afidalina said...

sama kak...i am feeling the same thing now..=(