Saturday, July 12, 2008

Rasulullah... kami mengingatmu...

Bismillah...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah atas ni'mat Islam dan Iman..

Teringat buku, "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. by Michael H. Hart". Walaupun saya belum khatam sepenuhnya buku tersebut, tapi buku itu saya warwarkan pada pelajar2 saya sewaktu kelas pertama Pengajian Islam di Cosmopoint. Buku itu jadi pendahuluan kelas saya waktu itu kerana yang menariknya, Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) tersenarai yg pertama dan dipilih oleh Hart sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah.

Buku itu rupanya ada dialihbahasa di dalam bahasa Indonesia dan ada di sini (sila amati, banyak betul buku2 menarik yang telah dialihbahasa). Juga di sini untuk versi English chapter pertama buku berkenaan.

Bukan tujuan saya mempromosi tulisan Hart, tapi tulisan beliau begitu objektif. Dan beliau meletakkan Nabi Isa ke 3 dan St Paul ke 6. Alasan utama ialah kerana Paul adalah penulis 'utama' teologi kristian (walaupun keduanya diragui pernah bertemu).

Saya terimbau gerakan kristianisasi di tanahair yang sebenarnya semakin parah. Teman lama seorang peguam pernah memberitahu, memang permohonan tukar agama mencecah beribu di sana... Apa sumbangan saya? lantaran saya menulis di sini, mengajak diri dan pembaca, mendalami ilmu... dan saling ingat memperingati...

"Ya Allah, kami pohon dari Mu ... Allahuma inna nas aluka
keselamatan dalam agama.. salamatan fid deen
dan badan yang sihat.. wa'afiatan fil jasad
dan ilmu yang bertambah.. wa ziadatan fil 'ilm
dan rezeki yang berkat... wa barakatan fir rizk
dan taubat pada-Mu sebelum ajal... wa taubatan qablal maut
dan rahmat-Mu sewaktu ajal... wa rahmatan 'indal maut
dan keampunan-Mu selepas ajal... wa maghfiratan ba'dal maut
..."

Text usrah : Apa entinya saya menganut agama Islam

2 comments:

Biarlah rahsia said...

semoga kita keluarga dan kwn2 semua selamat dr penjajahan agama yg semakin berleluasa ini...aaamin...dilindungi dan dibwh lembayung hidayahNya selalu.

Biarlah rahsia said...

semoga kita semua dilindungi dr penjajahan agama yg semakin berleluasa dewasa ini...insyaAllah.