Thursday, November 13, 2008

Cerita anak anak

Bismillah dimulakan bicara... terasa lama betul tidak berblog. Banyak kisah berlaku tapi terasa masa penuh berisi, entah bermanfaat ke tidak... mudahan2 Allah kira setiap langkah dan perbuatan sebagai ibadah. Alangkah indahnya Islam itu dengan konsep ibadah yang syumul.. bukan setakat ibadah khusus seperti solat dan berpuasa, tapi setiap perbuatan kebaikan dikira ibadah iaitu ibadah umum. Jadi bila terasa penat menguruskan anak2 dan rumah, bila teringatkan konsep ibadah ini, bersemangat semula dan tak jadi mengeluh sebaliknya keep on doing... apatah lagi tugas parents nih tak pernah berhenti... akan hanya terhenti dengan terhentinya denyutan nadi.

Alhamdulillah proses pindah rumah selesai, terima kasih tak terkira pada semua yang membantu. Adakala hati terdetik rumah lama lebih seronok, tapi tak dihiraukan bisikan itu, syukur punya rumah untuk berteduh, syukur rumah selesa sebab share dengan adik, if not tak mampu kami menyewa rumah sebegini, syukur anak2 pun gembira dok rumah baru ni, syukur syukur syukur ya Allah...

Cerita ashraf cabut gigi pagi ini, I'm really proud of him sebab dia 'macho' ajer sepanjang dentist check gigi dia, then decide buat filling sebab da ada lubang, bukan satu tapi dua da... 'maintain' betul ashraf, ikut semangat atuknya hj amin gamaknya, sebab atuknya memang 'macho', diusia hampir 80-an masih lagi ke sawah buat bendang.. kudoakan moga atuknya sentiasa sihat wal'afiat, moga dapat juga la nanti kami merancang bawa parents ke mari, insyaAllah...

Humaira pula sudah mahu ikut mengaji dirumah bunda hafiz, seronok tengok dia suka menulis jawi ala2 gayanya. tak kira la hasilnya bagaimana tapi usahanya yg dihargai. Minggu depan turn humaira dan danial pula utk check gigi. harapnya danial ok sebab dia agak phobia dengan doktor/nurse/seangkatan dengannya.. hehe (rupanya ikut perangai ayahnya masa kecil, takut jumpa doktor...)

Demikian lah adanya cerita terkini. Alhamdulillah melalui facebook terjalin semula hubungan teman2 lama, yg da dapat phd, yg tengah buat phd or master, yg berpolitik, yg berbusiness, yang berkeluarga, usyh222...macam2 cerita. terasa macam berbual depan mata.. bak kata pepatah, jauh di mata dekat di hati, itu pepatah dulu2, tapi skrg ni.. tak terasa jauh pun, rasa dekat jer depan screen computer... hehehe.

No comments: