Saturday, November 22, 2008

Cerita kebun

Bismillah.. alhamdulillah atas nikmat iman dan islam, alhamdulillah atas nikmat kehidupan yang baik diperantuan, alhamdulillah juga kerana Allah tarik sedikit nikmat sihat agar aku bersyukur atas nikmat-Nya yang lain...lately sakit kepala dan selsema, rupanya sinus menyerang kembali. Tiap kali summer menjelma nampaknya penyakit ini bertandang.. peringatan summer sudah muncul!!! Masih kuingat, 2 tahun lepas waktu Jannah & Syam sampai di bumi NZ, baru ku tahu penyakit itu... dan tahun lepas juga dia datang... nampaknya ini 'tetamu' tiap tahun sepanjang kami di sini...

Hujung tahun ini ramai warga M'sia yg belajar di sini pulang ke kampung. Kami sekadar tumpang gembira atas kegembiraan mereka... moga perjalanan kalian berjalan lancar. InsyaAllah hujung tahun depan turn kami pula mengucapkan selamat tinggal..

Pasal kebun, seronok rupanya berkebun ni, bole mengurangkan stress juga, especially bila tengok hasilnya. Alhamdulillah kebun di belakang rumah sudah menghijau. Tak perlu bercerita, tengok gambar sudah memadai... semalam makan hasil brokoli, strawberry alhamdulillah banyak sudah buah kami rasai...
Ini pokok kesayanganku, daun kesum...hehe.. asal dari hanya serumpun, pokok ini telah berjaya kubiakkan, dan alhamdulillah hidup subur

Ini pula pokok tomato dan brocoli. daun sup dan daun bawang (tak nampak terselindung, besar sangat daun pokok brokoli tuh)



Dan ini fav anak2 ku... yum222... setiap hari akan ada buah yg memasak ranum...
Seronok rupanya bila berbudi dengan tanah ni... macam hidupan lain, pokok juga seperti punya perasaan, memahami akan tuannya yang menyayangi dan membelai meraka...

No comments: