Sunday, November 30, 2008

Tag lagi...

Bismillah.. pembuka bicara..Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi-Mu atas segala nikmat dan hidayah-Mu.

Lama tak berblog sebenarnya.. tapi bila sudah ada peringatan menjawab tag... jadi kena la mengorek kisah dan memori dari benak fikiran..

malu gak dak menjawab sebab memang sedar diri ini sudah la renek, berisi pula... hehehe... tapi tak ler begitu ingat sebab dah lama zaman pragnency berlalu.. tapi sekadar figure rambang shj la disini nampaknya..

1. Berat sebelum mengandung
dlm 54-58kg.. berat sblm kawin sebenarnya dlm 49 gitu...tapi hati bahagia agaknya, selera makan pun naik.

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
dlm 62-63kg

3. Berat selepas habis pantang
slowly turun dlm 57-58kg

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
masa ashraf tidak ler begitu ingat sgt2, tapi masa humaira, memang suka makan pedas2, masa danial pula, tak kisah sgt2. sbb sibuk waktu itu..prepare utk ke NZ, then dtg sini..dgn alaun waktu itu, ada makanan pun sudah bersyukur, so tidak langsung memilih soal makan.

5. Hospital mana anda bersalin
Both ashraf dan humaira lahir kat naluri, dgn Dr Kamariah. Danial lahir kat dlm ambulance kat Harbour Bridge, alhamdulillah midwife, Rae ada bersama so dialah yg sambut danial. Masa tuh ambulance behenti sekejap, lepas selesai baru ke Women Health Hospital kat Auckland..

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant
Payah bab ini, sbb tak simpan sgt gambar2 lama..sekadar ini yg boleh diusahakan...

Ini gambar masa mengandungkan humaira, gambar masa kat Mahallah Aminah, sedang bertugas as fellow kat situ... uhuuhu..sungguh kembangnyer hidungku...




dan dua gambar ini masa mengandungkan danial, gambar first kat Winter Garden, Auckland dan yg second tu gambar kat pintu rumah.. kat albany.
Puas mencari gambar masa mengandungkan Ashraf..tak jumpa pula, masa tuh family idok ler canggih dan berada utk beli digital kamera..so most of gambar tinggal kat m'sia...
Setakat ini dulu...

No comments: