Thursday, January 1, 2009

happy new year & happy birthday mum

bismillah.. selamat tahun baru.. sekejapnyer rasa 2008 telah meninggalkan kita... 2009 pula menjelma. setahun berlalu rasa bagaikan sekejap sahaja...resolusi 2008 tidak banyak tercapai... so apa resolusi tahun ini...


hari ini birthday mak. tiada special kulakukan hari ini, hubby ke uni, dina & ajeep ke coromandel, depa ajak juga tapi memikirkan hubby mengejar masa menyiapkan second draft, kusimpan saja hasrat nak ikut. lagipun kami pernah pegi dulu... convoi 2 kereta. petang lepas lunch masak brownies... lama gak fikir nak masak kek apa.. tak jadi kek jadi brownies jer. dapat le bagi sikit ke bunda hafiz sebagai hadiah dia mengajar ashraf dan humaira mengaji.. dah lewat petang baru tel kampung ucap 'happy birthday' ke mak... suka dia. tanya mak nak hadiah apa.. jgn susah2, bagi kad ucapan jer pun da cukup... i love you mak... mak reply i love you too... (terer gak mak aku speaking tau...hehe).



ok lah.. nak sediakan kad yg special utk mak. lambat la sikit mak terima yea... hmmm.. memula ingat nak belikan something tapi apa yea... since mak nak kad.. kira ok la sbb if belikan something like baju/tudung or barang perhiasan, nanti bukan mak nak pakai..



insyaallah jika panjang umur, hujung tahun ini nak balik m'sia (data collection). so nak kena kumpul duit gak tuh (tiket utk 5 orang nih) or... kumpul duit bawak mak abah datang sini... best gak idea tuh... mak sure excited, cuma abah je la.. biase ler abah. takleh jalan lama sgt.. nanti teringat ayam la, sawah padi la, (alasan jer.. sbb tak nak susahkan anak2 dia..aku tahu). hmm cuma kena fikirkan siapa yg nak bawak mak abah ke mari lak... (iring depa..)

No comments: