Bismillah...
Hari ini anak2 breakfast di bilik tidur, ashraf masih kurang sihat, bad dream katanya mlm tadi, so dia tidur dgnku smlm. batuk terkokol2. humaira nampak sihat. danial juga, tapi kubatalkan niat menghantar mereka ke lollipop hari ini, biarlah mereka benar2 sihat.
jam 9 lebih, kuhubungi hubby. dia juga agak kurang sihat. keadaan bapak masih kritikal, semua adik beradik sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan. anak2 sempat berbual2 dgn hubby, terubat juga rindu.. maklumla, ini kali pertama ditinggalkan agak lama.. memang terasa masa begitu lambat berlalu.. last time masa hubby ke melbourne, tapi itu hy utk 2 mlm shj... risau gak sbb nnt hubby akan ke uk and few other places for 2 weeks... aduhai... harap semua sihat la hendaknya..
menghala tghari aku pula tidak sihat... kepala terasa berat, panas, bisa2 seluruh badan dan selsema.. terbaring shj.. kesian anak2, maafkan umi tak larat sungguh... lepas solat maghrib, kugagahi jua panaskan bubur yg dina masak hari ini... humaira dan ashraf makan sikit, danial tak mahu makan, terus baring lepas salin baju tidur...
lepas mkn, ashraf nampak pucat.. masa nak salinkan baju tidur. dia muntah, habis keluar semua bubur dan buahan2 yg dimakan tadi... badan humaira terasa agak panas semula... lepas bagi ubat demam, semua sudah baring ke katil masing2..
bila anak2 sudah tidur, mula la terasa sunyi... then hubby text, doktor sudah buka respiratory tube.. hanya doa kupanjatkan dari kejauhan... moga Allah berikan kekuatan pada bapak..
aduhai... kesepian ini begitu menggamit diri... sekala sekala kujenguk anak2 yg lena tidur, sekali sekala danial batuk2.. moga anak2 ku cepat sembuh..
4 comments:
Salam
Terasa pilu membaca entri ni, semoga Kak Asiah terus tabah dan diberi kekuatan olehNya...aminnn
Salam asiah,
take care..sekarang tgh musim. Saya pun hr ni balik cepat, siap jumpa supervisor kata nk balik, dia pun mmg suruh balik and rest...sambil joking dia kata dia tak nak I spread kan virus ni. Mana taknya, muka dh merah, mata berair, hidung sumbat. Badrul pun kene gak tu..hai..jg diri baik2 ye...
betul3x... I got my share early just lepas balik malaysia hari tuh then kena lagi in april...
need good rest dan jgn stress...
take lots of vit C..
sekarang ni every nite before tido minum air panas madu+lime/lemon ..selain tuh doa allahumma a'fini fi badani ( dlm mathurat...)..insya'allah//
Salam kak Asiah,
Semoga tabah and dipermudahkan segala urusan..
Post a Comment