Bismillah...
Alhamdulillah di atas segala limpah kurniaan Ilahi... di atas segala nikmat, jua dugaan ke atas hamba2-Nya...
Catatan Isnin 11 May
Semalam sepulangnya ku dari kursus di AUT, hubby bgth kak midah call, bapak masuk ICU dan keadaan nya begitu kritikal... hubby nak balik as soon as possible... kami terus ke flight centre dan flight terawal ialah mlm smlm jam 11.50 mlm.
Dan smlm kami 2 keluarga menghantar hubby ke airport. Mlm tadi humaira kurang sihat, mungkin berjangkit demam dan batuk danial yg memang sejak jumaat lagi kurang sihat.. atau mungkin sudah miss ayah dia...
Hari ini all my children kurang sihat. Ashraf tidak ke sekolah.. Humaira dan danial nampak better siangnya... tapi menjelang mlm humaira muntah dan hidung berdarah... danial masih batuk sikit. ashraf is getting better so esok harap dia sudah boleh ke sekolah..
Terasa benar bila another half of me takde... few time gak anak2 ty bila ayah balik.. aduhai syahdunya.. namun depan anak2 tak kutunjukkan kesedihan hati. bila anak da tidur baru terasa sunyinya... dan betapa kuhargai kehadiran insan bernama suhaimi dlm hidupku....sungguh dia insan yg melengkapi diriku.. miss hiim so much
terasa masa berjalan begitu lambat. walhal tugasan study menimbun2 tapi aku sendiri pun agak kurang sihat.. insyaAllah esok baik la nih...
kuterima berita dari singapore ptg tadi yg temperature bapak sudah turun, syukur... tapi menjelang mlm aku hubungi hubby dan bertanya keadaan sebenar. Keadaan bapak memang kritikal lebih2 lagi jantungnya yang dibantu bateri sudah berusia hampir 9 tahun.. dan lung dia sudah collapse.. infected...kidney dia juga sudah infected... harapan bapak tipis...
Ya Allah, hanya doa kupanjatkan kehadratmu... moga kau kurniakan kesihatan buat bapak... ameen
~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment