Bismillah
Saya ingin kongsi bersama maklumat yg sy dpt dari email hr ini. Semasa belajar sejarah islam di UIA dulu, sy teringat akan peranan Snouck Hurgronje dlm gerakan kristianisasi di indonesia...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'jejak risalah di nusantara'
Salam,
Ketika menyiapkan Jejak Risalah di Nusantara VI - Gerakan Islam -menjana kemerdekaan Indonesia, ana temui kesah ini...
Bab terakhir ialah mengenai Hj Agus Salim - The Grand Old Man of Indonesia.
Ana kongsikan sejarah ini sebagai tribute pada semua para ibu.
Hj Agus Salim seorang yang sangat brilliant ketika kecilnya sehingga guru sekolah Belanda menjadikan beliau anak angkat. Gurunya hendak coach Agus Salim secara personal kerana potensi amat besar ada pada anak tersebut. Agus Salim datang dari keluarga yang kuat latar belakang agamanya. Bapa berat hati untuk menyerahkan anaknya tetapi bersetuju supaya Agus Salim duduk separuh hari di rumah gurunya dan di sebelah malam belajar agama di rumah.
Kuatnya pengaruh pendidikan barat sehingga Agus Salim hilang keyakinannya terhadap Islam. (Ini pengakuan Hj Agus Salim sendiri). Ibunya amat khuatir kerana sudah menjadi buah mulut orang kampung, anaknya sudah murtad. Untuk mengembalikan keyakinan anak kepada Islam siibu mencadangkan agar Agus Salim pergi Mekah untuk belajar dgn saudara sepupunya Syeikh Ahmad Khatib (ulama besar yg telah melahirkan ramai ulama pejuang di nusantara termasuk Tuk Janggut, Kiai Ahmad Dahlan, Teungku Mohd Saman as-syahid Aceh, Syeikh Tahir Jalaluddin dll). Agus Salim menolak. Ibunya berdoa siang dan malam (bolehlah kita bayangkan rasa kecewa yg amat sangat pada si ibu). Sampai meninggal ibunya, Agus Salim tidak mahu berganjak dgn pendiriannya.
Dia seorang pelajar cemerlang yang menguasai bahasa belanda dengan fasih. Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Tapi diskriminasi kerajaan penjajah Belanda telah menutup pintu untuk beliau menerima biasiswa. Ibu Kartini mendapat biasiswa dari kerajaan Belanda tetapi beliau menolaknya dan ingin memberikan kepada Agus Salim. Walaubagaimanpun Agus Salim menolak.
Pada masa yang sama Snouck Hurgronje (Yes! Snouck yang bertanggungjawab menundukkan Islam di aceh dgn kerja espionagenya) mencadangkan kepada Agus Salim bahawa bidang yang terbaik untuk beliau ialah bidang pentadbiran. Kebetulan Snouck bercadang untuk menghantar Agus Salim ke konsulat Belanda di Jeddah. (Lihat bagaimana Allah atur perancangan ini). Apabila ibunya
meninggal, Agus Salim merasa kesal dan bersetuju untuk ke Mekah bagi memenuhi hajat arwah ibunya. Kebetulan ada pula tawaran dari Snouck maka berangkatlah beliau ke Jeddah. Di Mekah segala-galanya berubah. Syeikh Ahmad Khatib telah memberikan perhatian khusus kpd Agus Salim dengan mengajarnya secara perseorangan. Beliau tidak boleh belajar dalam kumpulan yang besar kerana sikap kritikalnya yang amat sangat sehingga setiap pertanyaan perlu dijawab dengan hati-hati dan penuh hujjah. akhirnya
keyakinan beliau kepada Islam kembali berputik - dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam.
Apabila beliau kembali ke Indonesia, bermulalah episod seorang pejuang Islam yang mewarnai sebahagian besar dari sejarah dakwah di Indonesia. Penglibatannya di dalam SI (Serikat Islam) dan Bond Islamaten Jong (sebuah gerakan Islam di kalangan pemuda yang bercakap dalam bahasa Belanda) sangat besar ertinya kpd kebangkitan Islam pada tahun 1920'an hingga 40'an. Demikianlah ketokohan Hj Agus Salim sehingga beliaulah orang yang mempertahankan kemerdekaan Indonesia melalui usaha diplomatik dengan dunia
Islam (baca semuanya dalam Jejak Risalah VI).
Apa yang hendak dikongsikan di sini ialah DOA IBU. Bagaimana seorang anak yang dikatakan telah murtad menjadi pendukong dan pembela Islam, bahkan seorang tokoh yang mempertahankan kemerdekaan Indonesia sehingga diberi jolokan THE GRAND OLD MAN OF INDONESIA.
Wahai para ibu. Berdoalah untuk anak-anak mu. Allah mendengar setiap bait doa yang kalian panjatkan. Semuga anak-anak kita mendapat barokah dari munajat ikhlas para ibu-ibu mereka. Ameen.
Hafidzi MN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selepas sy letakkan post ini, sy layari internet dan terjumpa satu site yg mendakwa dialog islam dan christian. akantetapi, tujuan utama ialah mencari kekurangan islam dan menyatakan christianla yg benar. Byk sekali huraian mereka ttg islam merujuk kepada qur'an dan hadith, akantetapi huraian mereka tidak menyeluruh dan menghurai qur'an menggunakan akal semata2. Berhati2lah... moga Allah pelihara iman dan akidah kita..
No comments:
Post a Comment