Monday, July 6, 2009

Winter Sonata de Ruapahu - pre journey story

Bismillah dan Alhamdulillah segala pujian kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana tanpa izin-nya jua mungkin aku tidak dapat bersama teman2 postgrad Albany bermain salji di Mt Ruapehu...

Mungkin ada teman yg bercerita tentang perjalanan yang sungguh menarik dan menyeronokkan sekali (rujuk blog hasnidar dan ajeep),namun aku ingin bermula dengan dugaan yang Allah kurniakan hingga nyaris2 aku membatalkan niat utk ke sana utk kali kedua...

Seperti pengalaman pregnancy yg lalu, Allah duga aku dgn 'Hemorrhoid'. Tapi H kali ini sungguh menduga segala kudrat yg ada.. sungguh aku rasa tidak sanggup menghadapi kesakitan itu... isnin sebelum kami bertolak ke Ruapehu (kami bertolak hari Jumaat), aku sudah rasa H sudah membengkak, lebih besar dari pregnancy sebelum ini.. Selasa aku tidak ke uni, jadinya aku kurang bergerak dan H tidak begitu rasa sakit sgt2.

Mlm itu aku berjaya memasukkan H jadi kurang rasa sakit... Rabu aku gagahkan diri ke uni. Hubby nak submit thesisnya pada supervisor hari ini, jadi aku seboleh mungkin tak nak ganggu dia. Namun malangnya H muncul lagi dan membengkak, sakit teramat. Aku ambil keputusan utk balik sendiri dari uni ke rumah, naik 2 bus. Terasa perjalanan sgt lama kerana menanggung kesakitan yg amat. Tiba shj rumah tghari itu aku cuba masukkan H semula tapi tidak berjaya.

Dlm kesakitan amat itu, akhirnya aku tertidur keletihan hingga jam 3 ptg. Ashraf pulang dari sekolah baru aku terjaga, kesakitan H makin bertambah... Aku call abah di kampung minta nasihat. Cari buah mengkudu/putik kelapa/limau nipis, then bakar dan dudukkan atasnya bagi mengecutkan H, kata abah. Aku iyakan sahaja sambil air mata bercucuran menahan kesakitan.. mana nak cari semua itu waktu ini... sabar la diri..

Then hubby call bgth alhamdulillah akhirnya dia selamat print semua thesis (4 copy) setelah bertungkus lumus (word doc setting lari masa print, so caca merba jadinya... terpaksa buat manual utk adjust setting yg lari tuh... cabaran sungguh utk hubby coz so far tak pernah berlaku sebegini)

Tak lama pas tuh Rae (my midwife) lak telefon, bgth result blood check mingu lepas. Aku ada anemia lak. So dia suggest aku amik ferrogradumet utk tambah darah. Masalahnya, pengambilan vitamin itu besar kemungkinan akan menyebabkan constipation. Kunyatakan kerisauan namun Rae advise cuba dahulu makan vitamin itu, tapi pastikan makan buah2an dan minum byk air.

Bila hubby pulang, aku hanya terbaring. Dlm hati terfikir nampaknya hasrat anak2ku utk bermain snow mungkin tak kesampaian. Perhaps jika hubby sudi, aku rela tak ikut, biarlah dia bawa anak2 shj pergi ke sana... Melihatkan keadaanku, hubby ajak jumpa doktor esok harinya (aku plan nak masak kek dan buat prep utk ke ruapehu hari khamis itu..namun apakan daya, alhamdulillah dina&ajeep sudi membantu)

Khamis kami ke Apollo Medical Centre, jumpa Dr Michelle. Setelah dia examine, dia nak tunjukkan kat doktor lelaki yang boleh buat minor surgery, dia suggest the thrombosis is drained. Syukur doktor lelaki tu tak setuju utk tengok, sebaliknya suggest kami refer ke Northshore Hospital. Michelle call directly surgeon kat hospital utk examine aku, then buatkan surat reference (siap tulis preference lady surgeon). Alhamdulillah anak2 ke sekolah/kindi, so hubby dan aku terus ke hospital. Dlm perjalanan, kunyatakan hasrat utk membatalkan niat ke Ruapehu. Hubby kata baik pergi sama, tak sampai hati nak kecewakan anak2 yg da excited nak main snow, dan tak sampai hati nak tinggalkan aku sorang kat rumah.

Tiba di emergency unit hospital, ramai juga orang yg sedang menunggu.. aduhai.. dlm kul 11 baru dpt jumpa surgeon tapi surgeon lelaki yg ada. Terpaksalah juga kerana darurat. Bila dia examine, dia berjaya masukkan H yang bersaiz hampir 2cm (katanya).. Allah saja yang tahu kesakitan masa itu..

Lepas itu aku diminta rehat kerana lepas few hours depa nak pastikan keadaanku stabil. Hubby terpaksa pulang sbb hr nih ashraf pulang awal, hari guru berjumpa parents. Sementara menunggu, aku sempat tertidur. Dlm kul 3 lebih baru surgeon dtg examine, kali ini dgn surgeon perempuan. Oleh kerana aku tak buat apa2, hy terbaring shj, so H tuh tak terkeluar.. tak lama kemudian, kami dibenarkan pulang..

Akhirnya kami decide utk pergi juga ke Ruapehu, tapi hubby pesan aku tak boleh renyah2, take care of myself.. Mlm itu aku hy tolong buat patty jer, persiapan lain sudah diselesaikan oleh ajeep dan dina. Hubby siapkan semua pakaian/bekalan kami anak beranak...

2 comments:

Norizah said...

Salam kak asiah,

Terkejut gak dengar psl H and anemia kak asiah tu..hopefully semua goes well la ye...ameen..

Asiah said...

Salam Ijah.. thanks for ur du'a.. syukur Allah tarik sebentar ni'mat sihat, so that we appreciate with whatever we have. You take care yourself too..