Monday, July 6, 2009

Winter Sonata de Ruapahu

Alhamdulillah walaupun pagi tu H keluar lagi, aku berjaya memasukkan semula. Ubatan yg kami beli smlm lepas pulang dari hospital membuatkan aku kurang rasa sakit. So pagi Jumaat lebih kurang 8.30 kami sudah bersiap, hubby nak pegi beli je kek utk jamuan mlm ini di Ruapehu. Tiba di depan Massey Uni, semua sudah ada (kami yg paling lambat). Sempat lagi bergambar sebelum bertolak. 7 family semuanya yg ikut termasuk 2 adik2 single, jadi kami sewa 3 buah batch di Ohakune.

Kali ini perjalanan lebih relex dari pergi kali pertama dulu (2006). Bila lalu tempat2 yg pernah kami lalui, terimbau kembali pengalaman masa dulu. Sungguh memenatkan pengalaman dulu, kami seawal 3.30pg sudah keluar rumah berkumpul di city jam 4pagi. Tiga family (kami, keluarga zul dan mohamad) convoi. Tapi pengalaman itu masih segar dlm ingatan, maklum ler budget trip, dapat pergi pun rasa sudah bersyukur..

Subhanallah... permandangan yg menarik sekali... Berhenti lunch dan solat di Otorohanga, selamat tiba di Ohakune jam 5 ptg. Perjalanan smooth sahaja, thanks to ketua perjalanan hr itu, Ajeep. Terserlah bakat, boleh jadi calon ganti penghulu penggal depan...hehehe...

Malam itu kami semua berkumpul meraikan hari jadi semua orang.. :) terutamanya birthday ashraf, minggu lepas, hubby sabtu esoknya dan dina isnin (hr ini la). Anak2 la yg paling seronok sbb dpt goodies sorang satu... Mlm itu kami tidur 5 beranak satu bilik. Yg kelakarnya hubby on electric blanket, masa tidur, aku offkan sbb da rasa panas sgt.. hubby masih terasa panas hingga buka baju.. tgh mlm baru sedar ada switch lain utk offkan (ada 2 single blanket la kat katil tuh)

Esok pepagi kami sudah bersiap utk bermain snow. Alhamdulillah hanif ada tolong dina sediakan sandwich dan burger utk di bawa ke sana. Pagi tuh sebenarnya H keluar lagi masa aku qada' hajat pepagi sebelum solat subuh.. alhamdulillah berjaya kumasukkan. Risau gak nak pegi, tambahan hubby kata nak pergi naik atas, bukan kat bwh jer, so nak kena naik skylift (seriaunyer.. sbb aku gayat, teringat masa main luge kat rotorua dulu... aku main sekali jer sbb nak naik kena naik skylift, tuhan jer yg tahu cemana perasaan aku masa tuh... berderau rasa, cam tertinggal jer jantung kat belakang).

Kali ini hubby jadi ketua perjalanan. Berhenti sebentar dipekan Ohakune utk beli lemon&ubat utk teman yg kena gout.. Sepanjang perjalanan, anak2 sudah makin excited, especially bila lalui jalan yang sudah bersalji di kanan kiri jalan. Sampai ke sana, kami berkumpul di depan kaunter tiket. Masa naik skylift tu, person incharge siap slowkan beri laluan kami duduk dgn selamat. Aku duduk dgn danial, hubby duduk dgn humaira dan ashraf. Humaira pun gayat gak cam aku, so hubby ler dok pujuk..



Tiba di atas (kira second stage, sbb ada lagi stage lebih atas utk skiing), kami semua keseronokan main salji... gembira tak terkata memerhatikan anak2 bermain (aku duduk shj memerhati). Cuaca pun alhamdulillah tidak begitu panas, tidak begitu sejuk.



Cuaca mula sedikit mendung, angin pun sudah makin terasa sejuknya. Kami berkumpul semula utk turun ke bawah. Hubby first turun bw humaira dan ashraf. Skylift tuh tak slow pun, laju semacam. Punya la berdebar.. aku sempat angkat dan dudukkan danial, then terduduk, takutnya perasaan masa tuh, aku pandang atas jer sbb takut nak tgk bawah. Suara teman2 terjerit2 di belakang, hubby pun risau gak.. da few minutes baru aku rasa ok sikit, baru la betulkan danial duduk rapat dgn aku dan aku kesot sikit. Danial pun aku rasa terkejut dgn pengalaman tu.. Ya Allah.. takut betul rasa masa tuh.. jauh sekali la nak compare aku nih dgn org lain yg datang sini skiing. Dah la badan tak fit, penakut lak tuh... anyway, syukur selamat turun, kat bawah pun hubby dan petugas di situ tolong aku turun dari skylift...

Dah turun bawah, ramai yg ambil peluang main slade. Bermacam2 aksi, kelakar pun ada, risau pun ada. kami sekeluarga tak main, cuma ashraf jer join Azwan dan Adam. Terima kasih la bagi peluang ke ashraf merasa main lagi. Danial dan humaira tak berani nak main slade, depa main snow jer kat situ...



Perut sudah berkeroncong, kami pun decide utk turun ke tmpt parking utk lunch. Syukur ada yg bw stove, dpt ler makan food yg warm sikit (by the time nak habis makan, jari jemari da beku rasa)

Kami pulang dgn kepenatan, spjg perjalanan anak2 tidur sahaja. Tiba di batch, kami bersantai2 kepenatan, then prepare dinner utk mlm ini di rumah Azwan pula. Menu tomyam dan telur dadar. Rendang smlm pun masih ada. Sandwich yg kami terlupa bawa utk lunch tadi kami bw sekali utk dinner...

Mlm tuh, suasana begitu santai. Anak2 tak kisah makan asyik main sahaja. Dlm jam 9 mlm semua sudah keletihan. Esok perjalanan lebih jauh sbb ikut Taupo. Since 2 batch akan dimasuki tetamu lain, kami diminta keluar jam 10.30 pagi.

Esoknya, seawal jam 10 kami sudah siap. Kami ke pekan Ohakune dulu sementara menunggu jam 11 di batch ketiga utk ketua rombongan, Azwan, serahkan kunci. Selesai semua urusan, kami bertolak pulang dekat jam 12 tghari. Melalui Desert Rd yang bersalji dikiri kanan jalan (walaupun sedikit tapi ada salji), perjalanan kali ini diiringi hujan dan sedikit salji (sikit je la, cepat cair). Tiba di Taupo, kami plan nak berhento solat dan lunch, namun hujan lebat kami terpaksa meneruskan perjalanan. Jam 4 lebih kami tiba di Tokorua, solat jama' zohor dan asar, makan (lunch merangkap dinner) then tunggu solat mashrib dan isyak. Terasa jauh betul perjalanan pulang, beberapa kali urut tengkok hubby sbb mengantuk. Sepjg jln aku tidak tidur menemani hubby. Anak2 tidur bangun beberapa kali... Kami tiba di Hamilton jam 7 lebih. Jam 9 lebih baru kami selamat kembali ke Albany, alhamdulillah...

Terima kasih semua atas pengalaman yg bermakna ini, terutamanya kepada penghulu north shore, Azwan dan Liza... yang merancang program ini hingga berjaya... syukur la semua selamat...

Ku syukuri ni'mat-Mu Ilahi...

1 comment:

Nida n' Hanafi said...

Syukur Alhamdulillah selamat semuanya... Pengalaman yang sangat indah untuk dikenang :-)