Monday, August 24, 2009

Insurance, D9 dan Ramadhan Mubarak

Sekian lama menyepi dek kesibukan yg meraja...

Hari ini hubby settlekan insurance kereta. tapi si Irene (singaporean chinese) dok promote life insurance.. balik tuh, hubby suggest amik insurance tuh.. entah ler terasa sedih dan sebak lak bila bincang pasal life insurance..memang kematian itu satu kepastian..tapi bila bincang tuh, macam da nak dekat jer hadapi saat2 itu.. tak sanggup rasanya hadapi kehidupan tanpa insan tersayang disisi.. moga Allah panjangkan usia kami, hingga anak2 sudah besar dan berdikari..

Alhamdulillah D9 selamat disempurnakan.. tinggal touch up & make up sana sini.. esok supervisor akan bagi feedback the third part of the proposal.. dia sendiri target nak submit 11 sept nih sbb dia nak bercuti hingga oct nnt. so tarikh presentation da set 19 oct.. syukur (bole ler celebrate birthday special sikit..sbb da lepas D9..ameen)

Ramadhan datang lagi, dgn kesibukan amat ini, setakat berterawikh bersama suami tercinta di rumah. Apatah lagi sedang sarat ni.. "nanti nak yea.. jgn keluar dulu, tunggu umi selesaikan urusan D9 ni.." kubisikkan itu pada kandungan di dlm rahimku.. Moga semua urusanku berjalan lancar... hubby pun masih menunggu response dari external examiner.. dijangka akan viva oct ini juga... moga urusan hubby juga berjalan lancar..

semoga urusan kita semua Allah permudahkan, dan semoga setiap titik peluh dan denyutan nadi sewaktu kita menyempurnakan urusan ini Allah terima sebagai amal ibadah kita pada-Nya.. ameen..

3 comments:

bakhtiarazi said...

Ameen...moga dipermudahkan segala urusan.

IKRAB family said...

selamat berpuasa :)
-shimah-

Biarlah rahsia said...

akak selamat berpuasa...
jgn paksa diri klu tak larat