Wednesday, August 5, 2009

Pakcik Serena

Alhamdulillah perjumpaan dgn supervisor hari ini memberangsangkan. sekarang target jumpa mingguan, sbb pulun nak submit D9 awal sept, dgn kata lain sebelum aku bersalin. due sepatutnya 16 sept (dekat betul dgn anniversary kami 14 sept) tapi pengalaman lepas awal dlm seminggu, jadi dlm 9 sept.. wah cantik juga tarikh tuh 9/9/2009. kalau kat m'sia nih pasti ramai yg pilih tarikh tuh utk bersalin, iya la, sana leh induce, operate dan segala satu macam cara nak bagi deliver.. padaku, tak payah ler nak pilih sgt2 tarikh tuh, yg penting both baby dan aku selamat.

hari2 berikut nih semakin sibuk. minggu depan aku akan submit one third of the D9, tadi da submit one third, so minggu satu lagi aku submit the rest..so cantik la sbb 20hb da mula puasa.. oh ramadahan... kali ini pasti puasa tidak penuh, moga aku panjang umur utk bertemu ramadhan tahun hadapan... moga perancangan berjalan lancar..

oh ya, lupa pula nak bercerita ttg pakcik serena yg sgt berjasa kepada keluarga kami. almaklum la hidup di perantauan ni, apa yg ada dihargai sgt2, tak kira besar kecil, apatah lagi pakcik nan sorang nih. Sebelum pakcik Sarena, pakcik Diamante yg byk berjasa. setelah lebih 2tahun berjasa, pakcik diamante da tak larat. aku masih ingat hari dia 'menembuskan nafas' terakhir, hari Dora balik m'sia awal tahun 2007. Alhamdulillah, ada teman membantu hingga kami mampu menyambung 'hayat' pakcik sekadar utk tiba ke kedai kereta, dan kami bertemu pakcik serena... terus jatuh hati...

Dgn pakcik diamante dulu, alhamdulillah hubby memang 'belai' dgn cukup hati2, cuma pernah kena langgar orang 2 kali (salah orang tuh la, tapi pakcik memang kuat, setakat calar2 kecil shj). Pakcik Serena pun begitu, hubby 'belai' juga, pernah sekali terlanggar tapi bukan hubby yg bawa (iya la da nak terkena, nak buat cemana). Sedih gak hubby ke pakcik... Orang takan faham kecuali yg empunya badan...

Kehadiran pakcik Rav tidak dirancang. Hubby fikir boleh la guna kalau setakat nak pergi tmpt2 dekat2 dan hubbby pegi sorang. but still pakcik Rav tak pernah menggantikan tempat pakcik Serena, kereta keluarga kami. Seboleh mungkin jasanya berbakti pada keluarga kami berterusan hingga urusan kami selesai di bumi perantau ini... alahai pakcik Serena...

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

Inilah kenderaan pertama yang kami naik sebaik sahaja mendarat ke bumi NZ ni...terima kasih Pak Cik Serena..jasamu akan kami kenang selagi hayat dikandung badan..Insya Allah :-)

Biarlah rahsia said...

ohh ingatkan pakcik org...rupanya pakcik kereta...hehe.

Azlina said...

pakcik serena pun banyak berjasa kpd kami!! thanks akak dan abg mie, mengizinkan kami pinjam!! takut sgt nak pinjam kete org sbenarnya..

Asiah said...

alhamdulillah jasa pakcik serena dpt dipanjang2kan kepada keluarga lain