Saturday, November 14, 2009

Di mana hak saya??

Cuba perhatikan statement ini (tertera di dalam salah satu borang di KPT)

"Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berhak menolak sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan di institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan membatalkan kebenaran yang telah diberi tanpa memberi apa-apa sebab."

Ada 2 point di sini: statement pertama (penolakan) saya masih boleh terima. Tapi statement kedua tu (pembatalan tanpa sebab?). Dimana hak saya sebagai seorang penyelidik, jika penyelidikan saya dibatalkan, saya patut berhak tahu kenapa. Kenapa hak itu terang2 telah dicantas hatta sebelum kebenaran penyelidikan diberikan? Bagaimana mungkin penyelidikan di negara kita mampu berkembang (expansive innovation bak kata Engestrom, pelopor 'pyramid model of activity theory'), jika ada 'cantasan' yang tak sepatutnya?

Ini mengingatkan saya pada pandangan seorang teman. Negara kita masih dianggap 'developing country' walaupun dari segi materialistik, kita lebih kedepan dari negara maju seperti NZ. Kita hebat dengan binaan itu dan ini, berbanding sini yang terlalu 'kecil' dan 'sedikit'. Boleh jadi puncanya ialah 'tahap pemikiran kita' yang 'terkebelakang'. Anda setuju? atau ada sebab lain?

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

salam Kak Asiah,
1.Saya sangat2 setuju bhwa masyarakat Malaysia sebenarnya pemikirannya masih terkebelakang (tapi tak semua).

2. terlalu banyak sangah karenah birokrasi yang menyusahkan rakyat. Antara contohnya dalam pendaftaran sekolah anak.. di sini amat mudah.. tak cerewet

Unknown said...

Saya, tak tahu nak comment apa cuma tertarik bila kak asiah sentuh pasal Engestrom :)

bakhtiarazi said...

Kak Asiah, rasanya bkn di KPT sajer, malah di mana2 govt agencies <= Salah satu sbb saya bertukar sample from Malaysian companies to an international comparison.

IKRAB family said...

asiah, welcome to the reality hehehe.kalau boleh jgn sesekali tanya why?how?reason?explanation?evidence/ proof?
:)
-p.c.-