Saturday, November 28, 2009

Syukur di pagi raya

Bismillah
Alhamdulillah kesyukuran kupanjatkan ke hadrat ilahi di atas segala ni’mat yg Dia kurniakan pada ku, serta keluargaku..

Alhamdulillah hari ini sambutan Eid Adha meriah sekali, buat semua yang menyumbang tidak kira besar kecil sumbangan itu, moga Allah balas dengan pahala berlipat ganda, ameen

Di bawah ini adalah nukilan perasaan ku pagi tadi, moga ada manfaatnya.



"Saat ini aku sedang menyusukan anakku, Sara Safiyya..alhamdulillah keyboard ini wireless, jadi aku menaip sambil menyusukan, tanpa melihat monitor.. nanti la aku akan edit bila ada kesempatan

Lama sudah tidak update blog walaupun ada banyak cerita yang ingin kukongsi bersama. Saat ini bila melihat Sara, rasa syukur yang amat kerana Allah kurniakan bayi yang sihat dan sempurna. Teringat pada salah seorang ahli keluargaku yang Allah duga mendapat anak yang 'istimewa’. Baby lahir dalam keadaan tanpa saluran dubur.

Kesiannya aku dengar (aku setakat mendengar kerana jarang sekali dapat berjumpa).. sejak lahir, beberapa kali operation telah dilakukan. Mula2 terpaksa tebuk lubang di perut bagi membolehkan najis keluar. Doktor nasihat nak operation terus tak sesuai keranan bayi masih terlalu kecil. Setelah beberapa bulan barula operation dibuat. Tak dapat kubayangkan perasaan ibu waktu itu..tabah sungguh wanita ini... operation membuat dubur dilakukan beberapa kali, ada complication dan doctor perlu terus-terusan monitor progres bayi. Jadi dari segamat beliau perlu berulang alik .. kadangkala suami sahaja yg pergi kerana ada anak2 lain yagn perlukan perhatian jua..

Melihatkan Sara yang sempurna dan sering tersenyum, hanya kalimah 'alhamdulillah' berkali kulafazkan.."

Allah Akbar 3x
La Ila ha illallah
3x

Raya yang sangat bermakna.. Eid Mubarak

1 comment:

Asiah said...
This comment has been removed by the author.