Tuesday, January 18, 2011

Damailah ibu di sana

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Kullun nafsin dza iqatul maut. Setiap yg hidup pasti kan mati. Begitulah lumrah kehidupan. Pemergian bonda tercinta tidak diduga hatta oleh ayahanda sendiri. Bondaku Hjh Napsiah Mohamed Yusoh telah pergi untuk selama-lamanya tanggal Isnin 10 Jan 2011. Hanya ayah menemani di saat akhir hayatnya. Walaupun anak-anak ramai, seramai 12 orang semuanya (simpan seorang, tinggal 11), tapi tiada seorang pun yang ada bersama beliau sewaktu pemergiannya. Hatta abang yang tinggal bersama pun tiada di sisi saat itu.

Ayahanda masih kerap bercerita saat akhir bersama isteri tercinta yang pernah hidup bersama lebih 55 tahun yg lalu. Jauh di sudut hati, aku hanya mampu berdoa agar ayah panjang umur dapat melihat anaknya pulang ke tanahair, selesai menamatkan pengajian di bumi NZ ini.

Seboleh mungkin aku tidak mahu air mata ini gugur manangisi pemergian bonda. Doa kupanjatkan kehadrat Ilahi agar bonda aman dan damai di alam kubur sana. Aku berdoa bonda ditempatkan dikalangan para shuhada dan soleh solehah. Dan itu adalah doaku yang tidak putus. Berkat usaha bonda mengajar mengaji al-Qur'an pada kanak2 dikampungku sewaktu beliau masih sihat, insyaAllah tanah akan merasa malu untuk menghimpitnya. Berkat melahirkan anak seramai 12 orang dan mendidik kami juga, insyaAllah kami sebagai anak2nya pasti akan sentiasa mendoakan kesejahteraan bonda di sana.

Terputuslah amalan pabila kematian menjelma, kecuali 3 perkara: ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

3 comments:

Nur Asna said...

takziah buat Asiah & keluarga...moga damailah roh arwah di sana...

HaniM said...

Takziah diatas pemergian ibu yg tercinta. I know how you felt. I lost my beloved mom in 2005..

Nida n' Hanafi said...

Takziah buat Kak Asiah dan Dina... simpanlah segala kenangan manis bersama arwah.. kerana kenangan-kenangan itulah buat pengubat rindupadanya...

Al-Fatihah