Friday, December 31, 2010

Sayonara 2010

Bismillah al-Rahman al-Rahim
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernafas dan bertenaga meneruskan perjaungan di perantauan. Walaupun musim cuti dan suasana sunyi yang amat di Universiti waktu2 ini, aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kerja2 ku hingga di akhir waktu 2010 bakal menutup.

Alhamdulillah bila diungkap kembali pencapaian tahun 2010, syukur aku padamu ya Allah. Namun itu semua lebih kepada pencapaian duniawi.. pencapaian ke arah ukhrawi terlalu kurang. Azam maal hijrah tempohari utk aku lebih berusaha mendekatkan diri pada-Mu, lebih berusaha mendidik anak2 mengenal-Mu dan Rasul-Mu, namun semuanya masih terlalu kurang.

Syukur bila dapat Summer Award, selain dlm bentuk kewangan ($6K byk gak tu), project ePortfolio ni menjadikan aku sibuk. dan bila sibuk aku menjadi lebih berhati2 merancang dan menggunakan masa. InsyaAllah aku akan improve lebih bab time management nih bermula esok, tahun baru 2011.

Perjalanan research masih slow, analisa masih belum selesai lagi. Walaupun sudah nampak bayang2 themes, namun belum cukup jelas lagi. Angan2 untuk menulis buku semakin menebal, setakat ini baru tulis preface. Memang belum banyak buku yang ingin aku tulis (tak boleh mention kat sini nanti orang ciplak idea..hehehe)

Anak2 semakin membesar. Waktu cuti sekolah inilah masa kami dpt bersama2 most of the time. Cuma tanggungjawab umi dan ayah pada tugasan masing menjadikan kami bergilir menjaga anak2. InsyaAllah umi akan berusaha lebih to spend quality time with all of you. Time spend dgn hubby makin menipis (huhuhu, akibat da letih mengurus rumah pagi, ptg pulka mengurus research sendiri.. maafkan umi dear). Masa utk keluarga di tanah air.. alhamdulillah aku masih kerap call.. at least seminggu sekali bertanya khabar. Dgn adik beradik lain boleh FB jer...:)

Sayonara 2010... insyaAllah 2011 akan kulalui dengan lebih usaha. Moga Allah pimpin daku beroleh kejayaan demi kejayaan dunia dan akhirat.. "Selangkah kucuba rapat pada-Nya, seribu langkah Kau rapat padaku" ... ameen

**************

Sedikit penambahan.. teringatkan konsep ibadah dlm islam yg syumul, terlalu luas merangkumi ibadah khusus (solat, zakat dsb) dan ibadah umum (semua perbuatan yg dilakukan kerana Allah dan tidak terkeluar dari syariat Islam). Jadi bila renung semula, apa yg telah kulakukan walaupun bersifat duniawi, moga aku ikhlas kerana Allah dan diterima sabagai amalan (seperti menyiapkan research aku nih, buat kerja2 rumah dsb). Dunia menjadi jembatan ke akhirat.. oh alangkah indahnya Islam ini... Proud to be Muslim!

No comments: