Monday, July 4, 2011

Buat kekanda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kusyukuri nikmat-Mu dikurniakan seorang suami yang baik. Memang sedari mula kami bertemu di Janda Baik.. hatiku umpama sudah tahu bahawa dialah orang yang bakal bersamaku nanti. ALhamdulillah perkenalan kami tidak lama, kami selamat diijabkabulkan. Sekarang hampir 10 tahun usia perkahwinan kami..

Duhai suami..
Betapa daku bersyukur atas kehadiranmu di sisi
Di hari kelahiranmu ini..
Kupanjatkan du'a kehadrat Ilahi
Moga hidupmu sentiasa diberkati
Moga sentiasa sihat badan, minda dan hati
Moga ketenangan dan kegembiraan sentiasa di sisi

amin.. ya rabbal 'alamin

No comments: