Bismillah al-rahman al-rahim. Syukur pada-Mu Ilahi atas segalal ni'mat yang Engkau kurniakan.
Sambung topik penulisan. Alhamdulillah penulisan satu bab buku telah selesai draft kedua dan dihantar kepada penulis kedua dan ketiga untuk penambahbaikan. InsyaAllah minggu depan akan dihantar kepada editor.
Bercakap soal menulis ni, aku percaya ramai kalangan kawan2 pustakawan memang mempunyai hasrat menulis. Cuma kekangan masa dan tugas menjadi halangan. Tambahan, sikit sekali sokongan dari pihak pengurusan menggalakkan pustakawan menulis. Rata2 menulis atas initiatif sendiri.. tapi dewasa ini ada nampak sedikit perubahan. semakin ramai pustakawan yang semakin giat menulis. bakat ini semakin terserlah..
Menulis perlu dedikasi. Perlu tahu apa matlamat yang ingin dicapai melalui penulisan. Selalunya kerangka penulisan amat membantu penulis, bukan setakat memandu dari segi masa malah dari segi isi penulisan.
Mencari idea menulis kadangkala sukar. Kadangkala kerangka sudah ada tapi tidak tahu di mana harus dimulakan. Perlu kembali ke asal, kenapa penulisan itu dilakukan. Jika jelas matlamat, insyaAllah jalan terbuka luas untuk idea datang.
Menulis ibarat berbicara, punya gaya dan tatacara tertentu agak maksud yang ingin disampaikan jelas, padat dan berisi.
Teruskan penulisan.. mulakan dengan bismillah
No comments:
Post a Comment