Bismillah al-rahman al-rahim
Alhamdulillah ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Syukur mudah-mudahan panjang umur untuk bertemu dengan ramadhan kali ini. cepat sungguh masa berlalu hingga tak terasa ramadhan kan muncul semula.
Tahun ini usaha kearah kebaikan masih belum banyak seperti diharapkan.
bacaan alqur'an setiap hari pun masih ada hari yang tidak terbaca. kadangkala hanya on bacaan qur'an dalam computer dan aku hanya mendengar. kadangkala baca qur'an dlm internet. tapi alangkah lebih bagus jika qur'an itu dapat kudakap dan kubaca sendiri ayat demi ayat. ah keterbatasan masa menjadi alasan.
menderma dalam bentuk wang ringgit juga terbatas. bersedekah dalam bentuk makanan dan tenaga, mudah2an Allah terima sebagai sedekah jariah.
masa byk tertumpu pada tangungjawab sebagai pelajar dan juga tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan anak, tidak lebih dari itu.. alhamdulillah ada teman yg sudi mengajar anak2 mengaji dan sebagai ganti aku ajar anak2 dia pula.. suka melihat anak2 improve bacaan. Ashraf dan humaira sudah naik qur'an, danial masih iqra 4 (revision utk naik iqra 5 soon).
Usaha nak bagi anak2 pandai mengaji dan rajin solat ni kadang2 menduga kesabaran. macam2 alasan diberi. ashraf alhamdulillah sempurna 5 waktu, humaira dan danial masih liat nak solat subuh, perlu aksi pujuk memujuk baru sudi, itu pun kadangkala tak mahu salat juga.. aduhai anak, doa umi tidak putus agar kalian menjaga solat dengan sempurna, seperti doa nabi Ibrahim.. Allahumaj'alni muqiimas solah wa min dzurriyyati.. amin.
soal mendidik anak2 nih memang memerlukan kesabaran dan usaha berterusan. Byk juga yang aku belajar dari cara orang di sini mendidik anak2. mereka apprecaite setiap usaha, tak kira macamana bentuk hasilnya.. penghargaan kadangkala hanya dengan ucapan manis, dan pelukan mesra. cukup dgn satu sticker memberi perangsang pada anak utk teruskan usaha murni.. menegur anak dengan cara yang tegas tapi berlembut, merendahkan badan menyamai ketinggian anak, bercakap straight to the point dan cuba memahamkan mereka apa kesilapan yang mereka lakukan, agar mereka benar2 faham dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
Nak maintain bersikap penuh kasih sayang dan sentiasa bersabar dengan karenah anak2 ni mencabar juga.. tapi utk long term (their future), perlu maintain.. selalu juga berbincang dgn hubby tentang perangai anak2 yang berbeza2 nih.. alhamdulillah setiap sorang ada kelebihan dan kekurangan masing2, kelebihan yg perlu digilap dan kekurangan yg perlu dirangsang agar bertukar menjadi kebaikan/kelebihan secara perlahan.
Ashraf seorang yang berjiwa lembut. Dia amat gemar menggembirakan orang lain, hingga kadangkala kemahuan diri sendiri jadi perkara no 2. Humaira seorang yang berjiwa seni, ada tegas dalam kelembutan. Danial seorang yang bijak tapi mudah terkecewa bila kemahuan tidak tercapai, juga seorang yang pandai negotiate demi mencapai hasrat, punya potensi yg perlu digilap tapi menagih kesabaran yang tinggi. Sara juga pemerhati, bijak dan berhati2, tegas dalam menyatakan kemahuannya.
Sara sekarang sedang push the boudaries, kadangkala menduga kesabaran juga esp dengan suara dia yg besar/nyaring itu. Menariknya, 2 minggu lepas dia sendiri yg stop breastfeed setelah berminggu aku memberitahu dia hasrat utk memberhentikan susu badan. Kagum juga kerana dia sendiri yg stop. Tapi masih lagi nak 'rasa' bila nak tidur. Namun tak lama, last week dia tak sihat, dia sendiri masih nak susu.. tak sampai hati juga, dlm hati fikir, takpe la, bukan lama mana pun anak2 ni menyusu badan, kira 2 tahun tu sedang elok la.. so Sara punya beberapa bulan lagi..
Harapnya ashraf dapat puasa penuh tahun ini.. humaira dan danial dpt puasa sekerat then tiga suku hari dlm minggu pertama pun da cukup baik. then berdikit2 la kan hingga dpt puasa penuh.
Moga ramadhan kali ini lebih bermakna, dan dapat kugarap setiap detik dan ketika mempertingkatkan amal ibadah kepana-Nya. Amin
1 comment:
seronok baca cerita akak...
mmg mendidik ank ni cukup mengajar kesabaran...harap2 bi tergolong dlm golongan ibu yang penyabar..insyaAllah.
Post a Comment