Tuesday, November 1, 2011

1.11.11 Setabah hati Abah

Tarikh ini 1.11.11 akan menjadi sejarah dalam hidup Abah. Tarikh 10.1.11 pernah menjadi sejarah bila isteri tersayang meninggalkan pergi tak kembali. Kali ini, tarikh 1.11.11 pula menjadi sejarah sedih namun aku benar yakin Abah seorang yang cekal dan tabah hati.

Rupanya sakit di kaki kiri Abah sudah hampir setahun dideritainya. Namun Abah tabah dan terus tabah menanggung, 'Alhamdulillah' katanya apabila dapat sakit.

Isnin dua minggu lalu, kesakitan itu tidak dapat ditanggung lagi. Abah memang tidak gemar ke hospital atau klinik. Dia lebih suka rawatan traditional terutama menggunakan bahan asli seperti madu, garam, halba, gamat, daun, dsb. Di klinik Bukit gambir, mereka hanya beri ubat tahan sakit, tapi kalau masih sakit dinasihatkan ke hospital.

Esoknya keadaan kaki masih sakit dan kebas. Abang Selamat kata da warna kuning. Bila di rujuk ke hospital Muar, terus ditahan wad dan didapati abah ada vescular disease. Tiada jalan lain kecuali di potong.. tapi doktor tidak pasti kerana tiada kepakaran di Muar. Abah pastinya tidak mahu. Adik beradik pakat untuk cuba rawatan tradisional, Jumaat petang Abah bejaya dikeluarkan dari hospital dengan risiko di tanggung sendiri oleh adik beradik. maknanya hospital benarkan keluar tapi jika berlaku sebarang masalah, hospital tidak akan bertanggungjawab.

Sabtu Abang & Kak Su bawa Abah ke Air Hitam untuk rawatan tradisional. Orang yang dijumpai tu kata saluran darah da tersumbat. Tengok perkembangan dalam 2-3 hari macamana. Melalui Abang Udin, aku mengikuti perkembagan Abah. Seminggu juga Abah cuba bertahan tapi keadaan kaki semakin teruk. Rabu lepas, dua jari kaki kanan pula menunjukkan symtom yg sama dan sudah bernanah. Jumaat, Abah sudah semakin sakit. Abang Selamat bawa semula ke hospital Muar.

Sabtu aku call mungkin 25 Nov baru pakar turun ke Muar untuk tengok Abah. Terdetik untuk berkongsi perasaan gundah gulana di FB. Ahad malam, melalui Halim rakan di Auckland yang ada kenalan specialist di HUKM, Dr Rozman, mungkin kaki Abah boleh diselamatkan. Bila call Abang, mungkin operation akan dijalankan esoknya (Isnin) sebab abah sudah tidak tertahan lagi kesakitan. Bertungkus lumus aku dan suami cuba hubungi specialist hukm, hubungi doktor yang incharge di hospital Muar dan adik beradik. Doktor Muar kata takde masalah nak rujuk di HUKM, tapi sekali lagi atas risiko sendiri dan kenderaan sendiri.

Isnin tengari baru urusan keluarkan Abah dari hospital Muar berjaya. Dina, Ajeep dan Abang Selamat terus bawa Abah ke HUKM. Kami hanya ketahui perkembangan melalui sms. Menghala malam tiada khabar berita. Risau juga, hanya doa mengiringi moga mereka selamat.

Hari ini selasa aku call kampung, kak lini bagitahu Abah sudah selamat operate. Abang kata masa mereka balik semalam, Abah masih belum di operate lagi. Bila call Dina, dia masih belum dapat call HUKM untuk mengetahui keadaan sebenar. Tapi semalam doktor pakar cek memang kaki abah sukar diselamatkan dan perlu dibedah segera. Abah pasrah. Dan bila diselidiki doktor, baru abah bercerita kesakitan itu telah hampir setahun dideritainya namun dia cekal dan kuat semangat, selagi kesakitan itu masih boleh ditanggung.

Abah sungguh tabah.

Petang baru aku dapat call Abang Lan yang kebetulan ada bersama Abah. Dapat bercakap sekejap dengan Abah, seperti biasa sekejap sahaja "Abah selamat da, Abah da selamat. Kirim salam ke Suhaimi". Abang Lan kata keadaan abah beransur baik. Dan aku terima email Dina kata alhamdulillah operation jam 2 pagi semalam berjalan lancar. Walaupun berisiko besar kerana umur Abah yang sudah mencecah 80 tahun, syukur doktor berjaya operate, dengan izin Allah. Keadaan Abah akan dipantau dan Abah hanya akan keluar bila keadaan dia sudah stabil.

Dengan izin Allah semuanya berlaku ... di tarikh keramat 1.11.11

Moga aku menjadi insan yang tabah meneruskan perjuanganku, setabah hati Abah...

Terima kasih Halim, Terima kasih Dr Rozman dan Dr Idzam dan semua yang terlibat dalam pembedahan tersebut. Terima kasih Abang2 dan Kakak2 serta Adik2 ku semua.. Terima kasih tak terhingga...

2 comments:

dhaty said...

sebak baca entry akk...tabah sungguh abah akk...dapat sy byngkan mcm mana perasaan akk yg jauh beribu batu...

Nida n' Hanafi said...

Hanya doa yang mampu diiringkan buat keluarga akak di sana... semoga segalanya lancar