Thursday, February 5, 2009

Award dan tag lagi kaaa...hehehe


Menjawab tag Bie...

1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Sudah ada di atas nuuu

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Dari Bie la siapa lagi yang rajin 'mengetag' orang...hehehe word baru cipta.. rosak la bahasa kita nanti..mana ada perkataan 'mengetag' daaa

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

1. Saya juga insan biasa sahaja tapi mahu jadi luar biasa dan istimewa menurut kacamata Dia. Itu matlamat saya, walau terkadang saya terlupa dan alpa, moga saya sentaisa ikhlas dan berusaha mencari redha-Nya;

2. Hobi saya memasak tapi sejak sibuk bergelar pelajar hobi saya bertukar menjadi peminat Facebook, sekurang2nya terubat rindu pada kawan2 dan release tension belajar. Cuma nak kena control jgn jadi terbazir masa pulak dengan FB..ingat pesan ustazah Fatimah Zahra dalam 'Usrah' siaran TV9. Satu lagi hobi ialah tolong hubby jaga garden kat rumah nih, walaupun letih, saya akan bantu mana yang patut, kesian kat dia penat lelah potong rumput, bersihkan kawasan luar rumah, jirus pokok dan bercucuk taman;

3. Saya ni rasa beruntung sebab punya suami yang sangat penyayang dan prihatin terhadap saya, juga anak2 yang comel dan bijak walaupun agak nakal (biasa la kan.. dah nama budak... tak pernah nak dok senyap)..

4. Pengalaman paling manis/lucu dan tak dapat dilupakan waktu saya masa kecil.. darjah satu dulu, saya pernah tolong kawan terperangkap dalam toilet lama kat sekolah.. kesian dia. bila dah besar panjang nih..jumpa semula dgn kawan tu dia macam segan2 jer dgn saya (teringat peristiwa lucu tuh kot).

5. Saya nih dah banyak berubah la as compared to zaman muda remaja. Contohnya.. sekarang saya penakut sikit tengok cerita seram2.. dulu tak macam nih.. dulu saya berani (as far as I could remember la). Last tengok cerita seram kat tv.. saya tutup mata..dengar suara jer, menyorok celah bantal.. Satu lagi gayat/seriau.. macam2 jenis, tempat tinggi, benda tajam, curam, lalu sebelah bas/lori besar2, dll. Agaknya saya dah termanja kot dengan hubby yang menjaga saya, maklum ler dulu bujang memang semua buat sendiri, so advanterous gak la saya nih dulu.

6. If ada peluang join rancangan 'jejak kasih', siapa tau yang saya wish nak jumpa semula.. member saya waktu sekolah menengah.. da lost contact langsung.. nama dia Hamidah Aliman. Last time saya jumpa masa saya kat matrik uia dan dia join maahad tahfiz kat area Jln Parlimen (if not mistaken la), so saya pernah melawat dia masa tu.. tu la last time jumpa dia.. pastuh lost contact.

7. Pengalaman yang paling menduga kesabaran ialah sewaktu saya nak dapatkan scholarship buat Phd ni. Walaupun sudah dapat offer letter tapi tak dpt juga tempat saya di mana2 uni. Dengan uia, macam2 janji tapi akhirnya setelah berkurun lama menunggu saya tak berjaya juga dapat tempat menjadi ahli akademik. Rupanya jodoh saya dengan usm, saya tak pernah meyangka, walau payah kemudian hari, saya garap dulu peluang yang ada. Kita mampu merancang Allah jua menentukan.

8. Pengalaman bersalin tiga cahayamata berbeza2. Bertarung dengan nyawa, tak sama dengan berjuang belajar atau lainnya. Setiap sorang ada nostalgia istimewa. Anak pertama, keluar2 saja dari perut sudah melilau mata tengok keadaan sekeliling. Dan bila diletakkan diribaku utk kali pertama, dua mata bertembung menyapa. Bulat mata hitam anakku.. rupanya anakku yang pertama memang sangat2 lah aktifnya, sungguh berani mencuba, tak kira risiko mendatang apa jua ditentang. Anak kedua, yang paling menarik tika pertama kali doctor baringkan dia keribaku, punggungnya yang mengadapku.. gelihati jua dengan apa yang kulihat (hubby tahu lebih detail..hehe). dan yang ketiga pula, hubby tiada menemani disisi kerana kami sekeluarga diserang chickenpox, hanya bidan dan 3 kakitangan St John dalam ambulan menemaniku waktu itu. Anakku yang ketiga lahir dekat dengan Harbor Bridge di bandar Auckland, jam 4.30 pagi jumaat. Alhamdulillah, walau pengalaman melahirkan mereka berbeza, kusyukuri kehadiran kalian dalam hidupku..

9. Zaman kegemilangan masa remaja… hehe.. masa di uia la. Sibuk juga aku dengan pelbagai persatuan hingga menjawat beberapa jawatan..ush222, bukan setakat secretary kat kelab penyayang, ajk itu ajk ini..tapi naib presiden persatuan silat..huhuhu.. ilmu silat dah hilang malangnya… itulah adat menuntut ilmu, jika tidak diamalkan hilangla dia… yang paling menarik lawatan sambil belajar ke Istanbul dan Arab Saudi… best betul masa tuh.. pengalaman yang takkan kulupakan…

10. Tempat paling menarik pernah dilawati di NZ ni… hmmm rasanya Milford Sound. Subhanallah.. cantik betul, perjalanan ke tempat itu juga sudah menawan hati dan di sana, kami sekeluarga naik cruise.. subhanallah cantik betul. Patutla NZ sedang cuba menjadikan tmpt ini sebagai salah satu ‘wonders of the world’. tapi yang paling menarik kat situ ialah pabila ditemani keluarga tercinta menikmati keindahan ciptaan Ilahi...

(jenuh memikir 10 fakta nih tau…lama kami mengarang..hehehe)

4) pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda. hmmm
maaf yea teman mana yang sibuk tuh... luangkan sedikit masa yea.. kerana saya anugerahkan award ini tuk anda... Hubby (yang pun kena gak la...), Jannah, Ema, Fariza dan Akmaliah...

5) jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag….

1 comment:

Biarlah rahsia said...

hehehe..sonok bc akak jwb tag bie.

br blk penang ni...tu yg br sempat tgk...

byk pengalaman hidup akak dpt...selain menjelajah berbagai negara kan...

bab penakut tu...bie pun mcm tu jugak...dulu berani amat..tp setelah kes rumah dimasuki pencuri dan menemani mayat arwah adik ipar di bilik mayat(2 kes ni berlaku pd thn 2007)....lepas tu terus jd penakut...klu duk rumah sorg2...mmg tv tak bukak laa...takut ada iklan cite hantu terus jd seram nk tunggu hubby blk lmbt lg.

anyway thanks akak jwb tag ni...nmpknya lepas ni kita sama2 jd warga USM plak laa akak. dulu sama2 di UIA...

tp mcmn? akak di USM penang kan? husband akak di UIA?

tang nk cr kwn baik yg dh lost contact pun sama...actually byk hidup kita dh berubah kan slps berumahtangga...mcm kita dh jd far far away from others plak.