Showing posts with label Guest. Show all posts
Showing posts with label Guest. Show all posts

Thursday, September 4, 2008

Guest... Puisi Ramadhan...

Bismillah...

Hari puasa pertama kami sudah ada teman dari Massey (Palmy) bertamu di rumah. 'maaf la menyusahkan' kata Azilah. Tiada yg menyusahkan... tetamu kan rezeki.. apatah lagi ini di bulan ramadhan..lagi la byk pahala menerima tetamu dan membantu musafir. Ziad sekeluarga bersama isteri, Azilah, puteri mereka, Batrisya dan adik, Nino, bertandang semalaman kerana esoknya, parents masing2 akan tiba dari malaysia... so dekat la nak ambil mereka di airport.

Teringat zaman kecil2 dulu kat kampung... memang kerap betul kami menerima tetamu. Since most of us perempuan, selalu la kami 'menyorok' kat dapur atau di bilik' (malu gitu.. iya la..kan malu itu sebahagian dari iman). Masalahnyer da terbiasa gitu, hingga sedara mara datang pun kami menyorok gak.. terpaksa la abah teriak panggil kami keluar.. suruh jumpa sedara...

Masalah satu lagi... tersangat la kerapnya menerima tetamu... kadang2 almost tiap malam..dan ada yg dlm sehari 2-3 trip tetamu... jenuh sapa nak buat air. dia suruh dia.. dia suruh dia... isyk22 nak kata glamor sgt2 abah tuh..tak tahu ler nak cakap... ramai sgt anak angkat satu hal.. jadi atok angkat pun satu hal.. orang bermasalah pun selalu rujuk.. kes patah, terseliuh, demam, dan sewaktu dgn nyer pun ada.. tak kira melayu, india, cina pun datang... Abah memang terror bab urut2 nih... tuh yg menjadi2 gamoknyer.. but masalah keluarga pun ada refer kat abah...

Sampai sekarang pun sebenornya masih sering abah menerima tetamu... cuma bila anak2 semua da besar, da bercucu... bila ramai balik kampung, abah terpaksa la melayan tetamu nyer yg dtg malam2 buta..di verandah rumah shj.. sebab anak cucu da tidur bertebaran sana sini..penuh satu rumah. pasal urut2, abah pun da tak kuat...

Teringat lak kat mak... lately mak kena kayap sampai bernanah2... kesian kat mak. call kampung last week..dengar suara dia lemah shj... sayunyer hati ini... smlm ym dgn alin.. bgth kudis&nanah da kering, but badan mak susut.. lagi la sayu hati ni...kami sentiasa doakan moga Allah cepat sembuhkan mak..moga mak sentiasa sihat dan gembira... ameen. Doa shj yg kami bole berikan pd mak dari kejauhan ini... 12 anak2 emak, semua sudah berkeluarga.. mostly jauh2 belaka.. alhamdulillah abang sudi tinggal bersama mak abah selepas walimah alin, adik yg bungsu... dan alhamdulillah juga, mimi dan alin dapat orang muar gak..so tidak la jauh sgt2...

Bila berjauhan dari keluarga... kerinduan memang kadnngkala tidak dapat dibendung... hanya doa dan harapan..moga Allah permudahkan urusan kami agar dapat kami pulang bila tiba masanya nanti... dan moga Allah kurniakan nikmat kesihatan buat mak&abah, panjangkan umur mereka, dan tenangkan hati mereka...

Bercerita pasal tetamu kami dari Palmy... mereka memberitahu..sudah menjadi tradisi di palmy, setiap student postgrad yg baru datang akan disambut oleh mereka dengan cara yang menarik...'tinggal cuci kaki' jer... tradisi dimulakan oleh Erlani (Dr da skrg nih, sudah kembali berkhidmat di Uitm)..dan disambung oleh Ziad... mereka akan carikan rumah siap2..beserta dgn keperluan rumah yg asas like peti ais, katil, meja, dll.. WAH! best nyer.. bagus tradisi begitu!... tapi memandangkan environment Palmy ..bandar yg kecil itu, dgn sewa yg jauh lebih murah dari sini... saya fikir tidak begitu payah nak implement... tambahan, shuttle bus massey uni memang round satu bandar.. so dok memana pun if nak ke uni tahan je la bus tuh... (betul ke gitu... memana org palmy yg baca maybe bole sahkan info ni...) .. but the idea&tradisi itu memang bagus...thumb up!

Pengalaman teman2 di south acukland (orang gunung) dan teman2 di city centre maybe different.. pengalaman di albany.. tidak begitu banyak.. kami cuba bantu setakat yang mampu. cuma tidak ler dapat nak implement mcam kat palmy gitu... hmm..dgn Dina&Ajeep je la yg kami sambut 'tinggal cuci kaki shj'...

Sedikit tazkirah buat diri sendiri... pasal guest.. kita ini ibarat tetamu juga.. di alam hayat yg sementara di muka bumi Allah ini. sekejap cuma kita bertandang di sini... namun kita diamanahkan utk menjadi khalifah-Nya... bertamu di hayat ini cuma seketika.. dan matlamat sebenar di sana nanti... soalnya... bersediakah aku ke sana...!?? Ramadhan kali ini rasa terisi, syukur ku atas ni'mat usia yang Allah berikan...

Sebuah puisi...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat ku
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Ampun dan maaf di minta sekiranya ada kesalahan yang dilakukan…..
Semoga keberkatan Ibadah Ramadan bersama kita hingga ke akhirnya ….
Amin….

Friday, January 18, 2008

Special guest 2

Bismillah...

After attending Sir Neil Waters Distinguished Lecture at Massey Uni yesterday afternoon, Azhar and Prof Othman & wife headed to our house. Prof mentioned 'so and so' from KPT came here and interviewed Azhar since he personally knows all 4 chairs of Malay studies.. wow! "So you may be the next chair" I joked, "Wellington! nooo..." hahaha

They are such a nice couple. Hope we'll meet again, if we visit welli or vice versa... Ahh..wellington, soo windy but if I'm destined to be there... I'll take the challenge...

These few days, suhaimi and I were so engrosed with the idea of moving to other house... budget...study...kids...school...neighbourhood...and so on, ahhh! so many consideration! Dina will be coming but the process is just time consuming... mmm... moga urusan dipermudahkan Allah, ameen

Saturday, December 8, 2007

Special guest

Bismillah...

Never cross my mind, I will met her again at this city of sails. About a year ago, I met this humble fellow, who addressed herself 'kak ungku', at Wellington. And on Thursday, my cellphone rang... "assalamualaikum asiah, apa khabar? kak ungku nih....bla..bla...ok InsyaAllah petang nih kita jumpa ye...boleh cerita panjang..."

She is actually the ex-Chair of Malay Study at Victoria University of Wellington. Some people address her 'prof', some 'untie'...but with us (suhaimi and I)... 'kak ungku', (though there were times I slip off my tongue... kan prof...hehe...pastuh cover balik...kak ungku...

Alhamdulillah, she agreed to pay us a visit that evening. She was acompanied by another special person, wife of Allahyarham Nordin, postgraduate student of VUW. This arwah was very inspiring that VUW create a scholarship on his name. Click here for the scholarship. Alhamdulillah, Nordin's wife is now working at IIUM Library!...yes really (in fact, she was attached to KICT before joining the Library). (Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan dan kemudahan pada beliau meneruskan hidup ini tanpa insan bergelar suami disisi)

That evening, we had a wonderful conversation. Hope they enjoyed Nasi Tomato that I cooked (my dad's recipe)... Later that night, when our guest has left and kids were asleep... I prayed, Oh Allah, how grateful I'm, coz I've a husband to rely on, who loves me sooo much, he is a shoulder for me to cry on when things get tough, a nanny for my kids when I study,... alhamdulillah...