Alhamdulillah, agenda demonstrasi nasi tomato anjuran MAPSA (wanita) berjalan lancar pada hari ini. Acara yang dicadangkan oleh Zaidah mulanya tertunda. Dengan kehadiran Dina, banyak urusan persiapan diuruskan (thanks dear)... Walaupun tidak ramai yang boleh hadir, kehadiran makcik Zaharah&Ijah sekeluarga memeriahkan suasana. Harapan saya, ilmu yang dikongsi bersama ini dimanfaatkan dan memberi manfaat.
Resipi ini saya dapat dari ayah saya, Hj Md Amin Bin Hj Abu Bakar. Nasi ini bole dimakan dengan ayam masak merah atau ayam masak tomato. Saya prefer ayam masak tomato kerana saya tidak menggunakan cili, jadi sesuai utk keluarga yang punya anak2 kecil atau sesapa yang tidak makan pedas. Kepada sesiapa yang sudi mencuba resipi nasi tomato saya ini, begini la cara2 nyer...
Bahan2 untuk nasi tomato:
- Beras : 6 pot (dicuci dulu)
- Buah pelaga : 3 biji
- Bunga lawang : 2 kuntum
- Bunga cengkih : 5 biji
- Kayu manis : 1 batang
- Minyak sapi : 3-4 sudu besar
- Bawang besar : 2 biji (suku dipotong dadu, baki dikisar)
- Tomato puree : 3-4 sudu besar
- Susu cair/fresh milk : 1 cawan hingga 1 1/2 cawan
- Garam : 1 sudu teh (ikut citarasa)
- Air secukupnya
- Sos cili (jika mahu pedas)
(Sekadar anggaran dan panduan semata2, bole ditambah atau dikurangkan mengikut selera dan citarasa masing2)
Cara2 memasak:
1. Panaskan kuali/periuk. Masukkan minyak sapi.
2. Setelah cair dan panas, tumiskan bawang dadu dan semua rempah tumis (pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis). Goreng hingga naik bau wangi
3. Masukkan bawang kisar dan garam, goreng hingga betul2 masak.
4. Masukkan tomato puree, kacau rata.
5. Tutup api/off kan stove.
6. Masukkan susu, kacau rata.
7. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan yang telah dimasak tadi. Kacau rata. Tambah air secukupnya mengikut sukatan periuk nasi tersebut.
8. Masak nasi, kacau sekali sekala semasa mendidih. Apabila periuk nasi elektrik menunjukkan nasi sudah masak, kacau perlahan2, tutup periuk semula dan biar dalam keadaan 'keep warm'. Lakukan ini beberapa kali bagi memastikan nasi betul2 masak semuanya (2-3 kali)
9. Setelah masak, sedia dihidang. Lazat dimakan dengan ayam masak tomato dan salad
Selamat la mencuba.