Friday, January 27, 2012

Masa

Bismillah Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Setelah sekian lama aku tidak menukil apa-apa di ruang ini, hingga bersawang sudah gamaknya. Terlalu banyak cerita tapi tidak tahu mana satu nak dimulakan. Cerita di blog ini sering berkisar tentang keluarga, anak2 dan pengajian ku kerana itu yang paling hampir denganku. Hakikatnya soal keluarga, soal yang memang tersangat dekat denganku, takan dapat terpisah walau dalam apa jua keadaan..

Demi masa, seboleh mungkin aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang kerugian. Lantaran ingin kucatatkan di sini seharianku sebagai 'mahasitua' di perantauan.. sekadar berkongsi pengalaman yang sekelumit cuma.

Seawal pagi lepas subuh, siapkan sarapan dan bekal untuk anak2, seboleh mungkin keluar rumah jam 7.30 untuk mengelakkan trafic jam. Jika tidak, alamat lebih setengah jam on the road, yg perjalanannya hanya mengambil masa dlm 10 minit shj (kalau takde kereta) dari rumah ke uni. Sampai di ofis, mulakan dengan sarapan, huhuhu, sarapan di ofis, dengan tenang.. then bermulalah tugasku sebgai pelajar 'mahasitua'

Petang dlm jam 6 lebih baru keluar dari ofis, kadang2 sampai rumah jam 7 ptg.. selalunya cik abang sudah sediakan makan malam (bertuahnya badan punya suami mithali yg sangat rajin membantu... alhamdulillah syukur), terus dinner bersama keluarga. Kadang-kadang shj balik awal utk masak.. Lepas kemas dan solat maghrib, mesti cari masa untuk ajar anak2 mengaji, at least pun setengah jam sorang. Kadang2 tukar angin, baca surah2 pendek, atau cerita kisah2 nabi (sambil tu refresh gak memori yang semakin berkarat nih). Lepas isyak, bom tidur..

Begitulah seharian rutin sebagai pelajar.. walaupun hampir 11 jam keluar rumah untuk urusan pengajian, masa yang betul2 mendatangkan 'hasil' tak setiap masa/hari datang.. ada masa idea datang mencurah2, ada masa stuck dok termenung depan komputer, ada masa baca buku/artikel untuk perbaiki penulisan, ada masa 'procastinate' tak tentu hala lepas tu menyesal la dan rasa bersalah sebab 'tinggalkan masa bersama keluarga', ada masa break ronda2 kampus untuk dapatkan ilham, dan seribu satu macam usaha untuk memuatkan masa dengan perkara yang 'bukan merugikan'...

Begitulah rutinku sebagai pelajar... syukur suami dan anak2 sangat memahami dan membantu... Allah syukur sangat... sebab tu kalau bercerita, tak boleh lari dari bercerita tentang suami dan anakku, sumber kekuatan dan ilhamku dalam melalui perjuangan yang belum selesai.

No comments: